Biar apa orang kata yang penting aku adalah aku....
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik "kadang2...",
sensitif, berfikiran mendalam, "yelah tue..."
pandai mengambil hati orang lain "eh yer ke..??"
pendiam kecuali setelah dirangsang "ini memang aku..."
agak pemalu "kalau tak kenal orang laaa....."
daya tumpuan yang sangat tinggi "tinggi la sangat.."
badan sehat tetapi mudah diserang selesema "memang pun..."
bersikap romantik tetapi x pandai mempamerkanya "romantik kt suami jerr.."
cukup sayang kepada kanak-kanak "anak aku n budak yang comel2 jerr.."
suka duduk di rumah "haa....apa lagi layan fb atau blog aku la.."
setia pada segalanya..."semestinya..."

Selasa, 3 Julai 2012

Nasharul Aweera @ MOJO


AWEERA @ MOJO

Gambar Aweera


Lirik Ku Di Sini - Aweera

Ku sedar aku bukan bermimpi
mmg nyata kini ku disini
dengan kamu ku berani
mencari pelangi yang bukan senang tuk dikecapi

Chorus:
Kini ku disini
mencuba tuk merubah segala
moga direstui
hajat ini yang lama membara

Ku ingin sentuhimu selamanya
memenuhi segala janji
aku gagah mungkin kerna semangat kau beri
jiwai semua yang kau rasa

*chorus

Ku inginkan
ku impikan janji ini
tunggu lagi anganku menjadi

Aku disini pasti kernamu semua
mungkinkah ini
akan menjadi saat yang ku nanti
selamanya....

Ku sedar ku bukan bermimpi
memang nyata kini ku disini



Aweera yang juga dikenali dan semakin popular dengan MOJO atau nama sebenar Nasharul Aweera Bin Noriyissham. Beliau merupakan salah seorang peserta rancangan One In A Million (OIAM) terbitan 8TV pada tahun 2009, ketika itu beliau masih berumur 18 tahun. 
Ketika itu, beliau telah mengejutkan banyak pihak dengan bakatnya yang begitu menonjol dengan imej Rock Kapak kerana satu-satunya peserta yang sering membawa lagu berentak rock sehingga menjadikan beliau diantara peserta pilihan dalam OIAM. Aweera berjaya melayakkan diri ke peringkat Grand Finale dimana beliau berentap dengan penyanyi yang dikenali ramai iaitu Tomok dan peserta dari Sabah yang agak mantap iaitu Esther. Malah 

Aweera juga menjadi sebutan ramai terutama dikalangan gadis-gadis ketika itu. Namun nasib tidak menyebelahi Aweera dimana Tomok berjaya menjuarai OIAM dan kelibat Aweera ketika itu terus tenggelam. 

Namun Aweera kini bangkit semula apabila tahun ini Aweera berjaya melonjakkan namanya kembali ke persada seni tanahair. Aweera tampil sebagai vokalis sebuah kumpulan yang dinamakan MOJO. Besar kemungkinan nama Aweera bakal mengegarkan arena muzik tempatan dengan mendapat sentuhan muzik dari Edry KRU yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan tersebut. Mojo sebuah kumpulan yang bermotifkan "Synth Rock" terdiri daripada Aweera, Edry KRU, Johar dan Denny bakal memberikan nafas baru kepada dunia muzik tempatan. Aweera merupakan seorang artis yang sedang meningkat naik sekarang ini menerusi lagu terbaru beliau Andai Ku Bercinta Lagi yang sering diputarkan di corong-corong radio dan menjadi lagu utama drama AMEERA di TV3.


Edry KRU memilih Aweera sebagai vokalis kumpulan Mojo adalah disebabkan kehebatannya Aweera dalam menyanyikan lagu berkonsep Rock. Bakat, gaya dan nyanyiannya yang bagus amat sesuai dengan konsep Mojo. Lagu kumpulan Mojo iaitu Andai Ku Bercinta Lagi adalah kisah sebenar yang terjadi pada salah seorang rakan Edry KRU itu sendiri. Dimana lagu tersebut mengisahkan seorang lelaki yang masih mencintai isterinya walaupun isterinya itu telah meninggal dunia menderitai penyakit kanser. Cintanya itu senantiasa mekar dihati lelaki itu walau apa pun yang berlaku diantara mereka.


Ikuti lagu Mojo menerusi lirik dibawah:-

Mojo terdiri dari Edry KRU (kiri), Denny, Aweera dan Johar. 


Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Nak tau lebih lanjut mengenai Aweera...?? 


Hobi Aweera ialah bermain gitar dan mencipta lagu. Beliau begitu meminati musik rock terutama sekali musik rock yang "high pitched". Aweera amat meminati serta menjadikan Awie dan Amy Search sebagai  idolanya. Malah beliau juga pernah mengatakan bahawa beliau amat berharap beliau dapat berduet bersama Awie satu hari nanti kerana Awie idola nombor satu beliau. 


Aweera mula bernyanyi ketika berusia 9 tahun dan tidak pernah mempunyai guru vokal. Aweera juga merupakan seorang yang pemalu, simple dan low profile serta tetap dengan pendiriannya iaitu mahu menjadikan dirinya seorang penyanyi rock. 
Aweera gemar berpakaian yang menunjukkan identiti rock seperti berambut panjang, berseluar koyak, walaupun kadangkala beliau berambut pendek. ayat yang sering dikeluarkan adalah "AKU ADALAH AKU...AKU TETAP DENGAN CARA HIDOP AKU ...ROCK 'N' ROLL !! " dan "JERITAN MAUT FOREVER!!!" serta AYAT "...ROCK SAMPAI TUA..."


Nak tau sebab apa aku begitu meminati Aweera....mestilah kerana suaranya yang lunak itu!!! (^_^)
Malah aku juga mengenali Aweera dari orang yang dekat dengan aku...siapa ya..?? nak tau..
Bapa saudara Aweera merupakan cikgu kesayangan aku iaitu cikgu Noorhashimi Mohd Zain. Abang Aweera iaitu Nasharul Afzzad merupakan rakan baik adik aku. Malah adik aku pernah juga berniaga bersama keluarga Aweera di Unimap, Kuala Perlis, ketika itu adik aku berniaga Char Kuey teow dan keluarga Aweera berniaga air.
Abang Aweera iaitu Nasharul Afzzad yang juga dikenali dengan panggilan nama ACCA dikalangan rakan-rakan merupakan seorang anggota kumpulan O-two yang mana salah seorang dari kumpulan tersebut merupakan rakan sekolah aku iaitu Anep...


Ini adalah diantara koleksi gambar adik kesayangan aku bersama Aweera yang diambil dirumah keluarga Aweera pada tahun 2009:-









Jumaat, 29 Jun 2012

ANAKKU UWAIS....




UWAIS....Anak KesayanganKu...!!!
Uwais dilahirkan pada tanggal 26 September 2011, jam 7.00 malam secara pembedahan...
Walaupun tanda2 melahirkan anak iaitu darah dikesan pada jam 5.00 pagi namun aku masih lagi berlengah-lengah ke Hospital. Jam 7.00 pagi baru aku dan suami bergerak dari rumah di Utan Kandis, Arau....untuk kerumah mama n papa di Kangar...jam 8.00 pagi baru aku ke Hospital , setelah diperiksa doktor memberitahu aku bahawa pintu rahimku sudah buka 3 cm...terkejut jugak aku dibuatnya...!! Kemudian aku dimasukkan ke wad, sakit untuk melahirkan anak tidak terasa....sakitnya seperti senggugut tapi hanya sekejap2 sahaja tidak seperti sengugut yang sakitnya amat perit bagi orang yang senggugutnya teruk seperti aku...!! 
 Jam 4.40 aku diperiksa sekali lagi, doktor mengatakan pintu rahimku sudah 6 cm dibuka, aku disuruh untuk pergi makan sebelum memasuki ke bilik bersalin...sempat lagi aku menanti kehadiran suami, mama n papa melawat aku sebab jam hampir pukul 5.00 waktu pelawat...hehehehe..
dalam jam 5.15 petang, seorang jururawat datang memarahi aku sebab aku tak masuk ke bilik bersalin...aduhhh...malu nyerr..
Didalam bilik bersalin aku masih tidak sakit, doktor memberitahu aku masih lagi 6 cm bukaan, nadi baby aku lemah bermacam kaedah cuba dilakukan namun akhirnya doktor mengatakan kepada aku bahawa aku harus dibedah...
Perasaan takut, bercelaru dan macam2 lagi bergabung difikiranku.... aku disuruh menandatangani satu borang, risau nyer aku pada anak yang bakal dilahirkan.....aku dibawa kebilik pembedahan dalam keadaan tergesa-gesa...hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui perasaanku ketika itu...
alhamdulillah..pembedahan aku berjaya...baby aku selamat, masa dalam bilik pembedahan doktor meletakkan anak aku disebelah..betapa indahnya anugerah yang dikurniakan Allah kepadaku...uwais memandang kearahku sambil tersenyum...baru beberapa minit sahaja keluar dari rahimku anakku tersenyum kepada aku...menitik air mata aku melihat betapa comelnya baby aku...
Baby aku dibawa keluar, manakala aku masih didalam untuk pemeriksaan ECG dan apa2 lagi yang berkaitan....pada jam 10.00 malam barulah aku dikeluarkan dan dimasukkan kedalam wad semula....syukur ramai saudara mara termasuk ibubapa dan sumi tercinta menunggu aku diluar disaat2 kelahiran anakku itu...terima kasih semua atas keperihatinan dan kasih sayang semua yang sanggup menanti aku melahirkan anak...!! 
Atas nasihat dan bimbingan mama yang menjaga aku di wad sepanjang aku ditempatkan diwad bersalin, alhamdulillah aku boleh balik awal..tidak sampai 2 hari aku sudah boleh pulang...
Di rumah berlaku pertikaian untuk memberi nama anak diantara aku dengan suami, aku berkeras tidak mahukan anak aku diberi nama Uwais, kerana bagiku lebih baik memberi nama yang mempunyai maksud...Namun suami aku tetap berkeras inginkan nama tersebut dan akhirnya kemenangan di pihak suamiku
Syukur nama tersebut rupanya diambik sempena nama seorang pemuda yang bernama Uwais Al-Qarni yang menjadi sebutan penduduk langit...
 Pemberian Allah s.w.t ini adalah satu anugerah yang amat tinggi nilainya pada aku.

PAPA & MAMA KESAYANGAKU...


IBUBAPA...!!!

Setiap daripada kita lahir dengan seorang 
ibu dan seorang bapa. Ia satu nikmat pemberian Allah yang tiada nilainya di dunia ini. 

Ibu...!!! begitu besar pengorbanan seorang ibu, kini setelah aku menjadi ibu baru aku tahu betapa sukar dan penat menjadi seorang ibu. Namun walaupun kepenatan, menatap wajah anak dan membelai anak adalah satu kemestian. Walaupun penat bekerja tugas seorang isteri dan ibu harus digalas, tiada masa untuk rehat...rehat hanya diwaktu malam iaitu untuk tidur.....

Walaupun aku kini bergelar seorang ibu, tetapi aku masih seorang anak kecil bagi mama...
Mama..anakmu ini masih memerlukan petunjuk kejalan kebahagian dunia dan akhirat.

Terima kasih mama kerana setia mengajar, memberi doakan dan restumu dalam setiap perkara yangku lakukan....
Malah mama juga sekarang menjaga anakku ketika aku bekerja, mama tidak pernah mengungkit penat dan lelah menjaga anakku yang semakin hari semakin lasak, jasamu amat besar....

Papa..seorang ayah yang tidak pernah memarahi anak-anak dengan kekerasan...mungkin sebab papa, bukan sahaja guru pelajaran sejarah, matematik dan bahasa melayu...malah papa juga seorang guru kaunseling....membuatkan papa tahu cara mengajar anak-anaknya...dengan penuh kasih sayang...

Papa tidak pernah mengeluh dalam mencari rezeki bagi menyara anak-anaknya...sedangkan aku dan suami  sekarang terasa bagaimana susahnya mencari rezeki bagi menyara anakku Uwais....

Inilah papaku yang aku sayangi...kasih sayangmu dan jasamu yang sehingga kini masih lagi menjalankan tanggungjawbmu keatas anakmu yang sekarang ini telah bergelar seorang isteri dan seorang ibu.....
Terima kasih papa...yang tidak pernah lekang dengan senyuman dibibirmu...!!

Jasa dan kasih sayang yang diberikan mama dan papa sepanjang membesarkan aku tidak sesekali akan aku persiakan..Insyaallah..!!


GAMBAR AKU BERSAMA MAMA DAN PAPA..!!

 GAMBAR KAMI SEKELUARGA TANPA UWAIS N ARISSA..!!

BUAT SUAMI TERCINTA


BUAT SUAMI TERCINTA......


Abang Kehadiranmu memberikan seribu kesyukuran buat diriku
Pada diriku tiada sesuatu yang istimewa untuk dipersembahkan buatmu, 
Kerana aku...bukanlah yang terhebat dan bukanlah yang terbaik
Kerana pada diriku...banyak kekurangan,
 Namun abang tetap saja menerima dan memilihku sebagai seorang isteri... 
Abang... Bukanlah wang dan harta yang aku inginkan, 
Ketika wanita yang lain ingin dikalung rantai berlian, 
Yang ku dambakan hanyalah sekalung doa yang tulus darimu buat diriku
Ketika wanita lain berlumba-lumba mengejar pangkat dan kekayaan dunia, 
Yang aku kejar hanyalah untuk meraih keredhaanmu 
demi mencapai keredhaan Allah s.w.t.....
Abang...Apa yang kuharapkan.. 
Bukanlah mencari seorang suami yang kacak rupanya, 
Bukanku mengharapkan suami yang kaya,
 Bukan kutagih minta dimanja dengan harta, 
Bukan ku rela dipuja dengan wang ringgit, 
Bukan semua itu semata-mata, 
Itu semua tak membawa apa-apa makna bagi diriku......
Seandainya tidak didahulukan dengan agama, 
Hidup kita juga mungkin tak beroleh bahagia... 
Abang... Ku mengharapkan... 
Abang dapat membimbingku ke arah jalan yang benar, 
Berpedomankan keimanan dan ajaran islam, 
Abang menyedarkan aku akan cinta kepada Allah s.w.t, 
Abang mengajarku erti kesabaran, 
Abang hiasi diriku dengan pakaian keimanan dan ketaqwaan, 
Abang mendidik diriku akan erti ketabahan, 
Abang... Semoga segala ujian yang mendatang bersama kita harungi, 
Moga ketabahan, kesabaran, keredhaandan istiqomah sentiasa mengiringi......
Abang... Ketahuilah, daku mencintaimu kerana Allah s.w.t... 

HUKUM MANDI PEREMPUAN YANG DISETUBUHI OLEH JIN


HUKUM MANDI PEREMPUAN YANG DISETUBUHI OLEH JIN

 Antara benar atau tidak, wujud atau tidak aku tidak dapat menyatakannya. Namun ada sesetengah wanita mempunyai pengalaman ini.  Walaupun aku tidak pernah mengalaminya, namun apabila terbaca atikel ini terpanggil aku untuk berkongsi di laman blog aku.....
Ini adalah petikan dari sumber yang aku perolehi dari petikan Buku Dato' Ismail Kamus: Jin, Rasukan & Pengubatannya/ms/44-45/CetakanKeempat/Penerbitan Malindo.
  
Pernah kita mendengar kisah, ada perempuan yang didatangi jin dan disetubuhinya. Setelah perempuan itu menyedari dan merasakan sesuatu, apakah ini mewajibkan perempuan itu mandi wajib ataupun tidak?
 
Ada dua pandangan ulama’ tentang perkara ini :
 
1)  Tidak wajib mandi menurut sesetengah pendapat mazhab Hanafi. Abul Ma’ali berkata, sekiranya seorang wanita berkata, “Saya disetubuhi oleh jin seperti seorang lelaki” tidak wajib mandi kerana tidak ada sebab yang membawa kepada wajibnya mandi itu iaitu “masukkan zakar”. Maka ini hanya  seperti bermimpi tanpa adanya keluar mani.
 
2) Menurut pendapat pengarang kitab Gharaibul Jin Wa Ajaibuhu  katanya, kalaupun dikatakan sebab yang mewajibkan mandi tidak wujud, maka tidaklah wajib mandi. Namun begitu, apabila ia merasakan secara jelas disetubuhi bermakna adalah sebab untuknya mewajibkan mandi. Oleh itu, wajib mandi di kala diyakini ia disetubuhi.
 
Untuk mengambil dua pendapat yang berbeza ini, seseorang perempuan hendaklah mandi wajib apabila memang terasa dirinya disetubuhi atau ada sesuatu yang masuk ke dalam faraj sebagaimana berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang maksudnya "apabila bertemu dua khitan, maka wajiblah mandi".
 
Apa yang menjadi persoalan pula ialah setakat menakah zakar jin ini memasuki ke dalam faraj wanita yang disetubuhi. Namun apabila mani perempuan yang disetubuhi oleh jin itu keluar maka tidak syak lagi wajib mandi kerana apabila keluar mani dengan apa cara sekalipun, menurut Sabda Rasulullah s.a.w "انما الماء بالماء" apabila keluar mani wajiblah seseorang itu mandi. wallahua'lam.

Khamis, 28 Jun 2012

TE AMO SAYANG

Prolog  TE AMO SAYANG

BUAT isteri, si pemilik tulang rusukku;

Isteri, ketahuilah bahawa sudah sekian lama ingin aku suarakan segalanya kepadamu. Sudah terlalu lama isi hati ini menanti untuk diluahkan buat kau yang berhak. Namun hingga ke saat ini aku masih belum punya kesempatan. Lapangkanlah hati, senyumlah sekiranya kau mampu mendengar setiap bait yang terzahir di hati suamimu ini.

Percayakah isteri andai kukatakan bahawa masih terasa hingga ke hari ini debaran kencang sekeping hati yang pada mulanya sekadar menaruh suka terhadapmu? Entah bila dan bagaimana, diri ini terlanjur sayang dan mencintai dirimu.

Pada ketika itu aku mula sedar bahawa aku tidak pernah melihatmu sebagai wanita yang lebih berusia daripadaku. Tidak pernah. Sebaliknya, di mataku kau adalah seseorang yang ingin aku jadikan sebahagian daripada diri ini. Kau yang telah dipilih-NYA untuk menyempurnai diriku. Tuan empunya hati yang serba kekurangan.

Dan untuk itu, aku begitu berterima kasih atas kesudianmu menerima lamaranku untuk hidup bersama mengharungi segala suka duka, pahit manis kehidupan. Tiada lagi jurang pemisah setelah pernikahan menyatukan kita, meleraikan segala tanda tanya tentang kesungguhanku untuk memilikimu.

Isteri, terima kasih atas kesabaranmu menelan setiap pahit yang pernah aku berikan selama ini. Juga, terima kasih tidak terhingga atas keikhlasanmu mengasihi keluarga kita seadanya. Kata orang, suram ikatan perkahwinan tanpa cahaya mata. Dan nyatalah aku seorang suami yang sungguh bertuah kerana memiliki isteri sebaikmu; Seorang wanita yang tidak teragak-agak mempertaruhkan hidup demi melahirkan zuriat kita.

Isteri, naifnya suamimu ini. Hanya terima kasih yang mampu aku lafazkan berulang kali. Terima kasih untuk segala pengorbananmu. Aku yakin sayang, sebenar-benar yakin bahawa cinta-NYA yang telah menyatukan kita.

Di kesempatan ini, aku mohon kepadamu agar jangan berputus asa terhadap cinta kita. Andai kata aku tidak dapat untuk bersamamu lagi, maafkanlah diri ini. Teruskan hidupmu sepertimana yang kau mahu. Doaku akan sentiasa mengiringi.

Suara hati,
Pemilik tulang rusuk yang kau pinjam. ~ ADRA ADLINA ~ (^_^)

Rabu, 27 Jun 2012

Info Tentang Sugar Glider



SUGAR GLIDER...

Teringat aku pada binatang yang tinggal di rumah nenek aku, binatang ni sangat cute, jenis yang kecil cenonet tetapi lincah dan aktif. Bila melihat ianya begitu manja duduk dibahu dan tapak tangan ibu saudaraku membuatkan aku menjadi geram dan mula mencari info mengenai Sugar Glider, dibawah adalah info mengenainya:-

Sugar Glider merupakan sejenis haiwan peliharaan eksotik jenis gliding marsupial kecil atau nama saintifiknya Petaurus Breviceps. Ianya mendapat namanya kerana sifatnya yang menggemari makanan jenis manis dan ianya mempunyai membran peluncur yang menyamai tupai terbang. Malah ianya juga seperti kanggaroo spesis kecil sebab Sugar Glider betina mempunyai kantung kat perut. Ianya mula aktif bermula jam 11.00 malam sehingga jam 8.00 pagi dan ianya agak malas pada waktu siang, namun ianya begitu manja pada sesiapa yang dikenalinya. Ianya juga akan mengeluarkan bunyi bising seakan salakan anak anjing, jika pemiliknya tidak mengeluarkannya daridari sangkar untuk diajak bermain.

Sugar Glider tak ada di Malaysia, ianya hanya boleh dijumpai di Australia, Papua New Guinea, Tasmania dan Indonesia. Walaupun ianya tidak berasal dari Malaysia namun ianya boleh hidup dan membiak di Malaysia.

Sugar Glider ini menjadi kegilaan pencinta haiwan eksotik masa kini. Jika dibawa ke kawasan umum, pastinya ianya mencuri tumpuan orang ramai. Malah tidak hairanlah jika ada yang datang mengerumuninya, ditambah pula badannya yang berbulu lembut pasti ramai yang terpikat. Sugar Glider terkenal sebagai haiwan bersaiz poket mungkin disebabkan saiz badannya yang kecil dan comel. 

Di Malaysia masih ramai lagi yang belum membela Sugar Glider, mungkin disebabkan harganya yang agak mahal dan ianya bukan berasal dari negara ini. Sugar Glider juga mempunyai banyak variasi warna. Paling lazim dibela adalah daripada jenis Classic Grey kerana ianya murah iaitu sekitar harga RM 250 hingga RM 350 seekor dan RM 500 sepasang bersama sangkar yang dijual dekat  mudah.my.  Bagi Sugar Glider variasi lain, ianya agak mahal iaitu White Faced (RM 2, 500 seekor), White Faced Blonde (RM 3, 000 seekor), Ring Tail (RM 7, 500 Seekor), Mosaic (RM 7, 500 seekor), White Mosaic (RM 10, 000 seekor), Creameino (RM 15, 000 seekor), Albino (RM 15, 000 seekor) dan Leucistic (RM 15, 000 seekor). Kemasukkan Sugar Glider di Malaysia bermula sekitar awal tahun 2000 dan semakin mendapat perhatian dihati pencinta haiwan sejak ianya dipaparkan dalam sebuah rancangan dokumentari di TV3.

Sugar Glider merupakan haiwan sosial yang memerlukan penjaganya meluangkan masa melayaninya selama tiga hingga empat hari sehari. Ini kerana jika dibiarkan tanpa belaian haiwan ini akan kesunyian, kemungkinan ianya akan mencederakan dirinya sendiri dengan menggigit ekornya, bulu diperut dan kemudianya memakan isi perutnya sendiri walaupun telah diberikan makanan yang mengcukupi. Oleh itu, jika sesiapa yang sibuk jika berminat untuk membelanya, mereka disarankan agar membela sepasang Sugar Glider bagi mengelak haiwan tersebut kesunyian.

Pengemar atau pemilik haiwan ini tidak boleh menganggap memeliki Sugar Glider sebagai satu trend kerana ianya memerlukan komitmen daripada pemiliknya. Mudah atau tidak menjaganya bergantung kepada pemilik itu sendiri. Sekiranya pemilik itu rajin, tabah dan pandai mengatur jadualnya, maka penjagaan Sugar Glider akan menjadi mudah. Jadi sebelum menjaganya bagi yang berminat mereka haruslah membuat persediaan terlebih dahulu dan mengumpul maklumat mengenainya serta mengetahui makanannya.

Selain mempunyai pengetahuan yang luas, sesiapa yang berminat juga haruslah mempunyai pengetahuan asas tentangnya, mereka perlulah mengetahui cara memilih Sugar Glider yang sihat, menyediakan sangkar setinggi tiga kaki, kantung tidur, alatan permainannya, botol air dan makanan khas.

Tempoh bunting Sugar Glider mengambil masa 16 hari dan apabila lahir anaknya akan tinggal didalam kantung ibunya (In Pouch), kira-kira dua bulan dan putus susu ibunya dua bulan selepas keluar kantung ibunya. Anak Sugar Glider boleh dipisahkan daripada ibunya seawal dua bulan selepas keluar dari kantung ibunya,  (Out Of Pouch), namun adalah lebih baik sekiranya dipisahkan pada usia tiga bulan selepas keluar dari kantung ibunya.

Tempoh kematangan Sugar Glider adalah berbeza tetapi secara purata, sugar Glider betina matang pada usia lapan bulan ke atas dan Sugar Glider jantan pada umur empat bulan ke atas. Ianya  akan membiak dua hingga tiga kali setahun mengikut musim dan biasanya menghasilkan seekor hingga dua ekor anak paling minimum dan paling banyak empat ekor anak. Sugar Glider mempunyai jangka hayat selama 10 hingga 15 tahun.

Sugar Glider memerlukan pemakanan seimbang dan mempuanyai daet khas yang tersendiri walaupun ianya mengemari makanan manis. Pemakanannya haruslah seimbang dengan mengambil kira jumlah nutrisi iaitu 30-50 peratus protein, 20-30 peratus buah-buahan, 40 peratus sayur-sayuran dan 15 peratus karbohidrat, disamping dibantu makanan suplemen womboro protein tinggi (HPW) iaitu diet yang paling senang untuk disediakan dan ianya merupakan diet yang paling hampir menyerupai pemakanan Sugar Glider di dalam hutan. Jika pemakanan Sugar Glider tidak diambil berat ianya akan menyebabkan ianya sakit dan menghidapi masalah kesihatan seperti obesiti, katarak, buta, lumpuh kaki belakang dan terkena jangkitan kuman atau virus. Antara makanan Sugar Glider yang senang didapati adalah buah-buahan seperti betik, tembikai susu dan epal. Walaupun Sugar Glider tidak menolak sebarang makanan yang diberikan, terdapat makanan yang tidak boleh diberikan kepada haiwan tersebut seperti coklat kerana ianya boleh menghasilkan toksik kepada Sugar Glider.

Amacam nak bela tak....?? Sekarang dah tak susah nak bela binatang nie.....Aku rasa nak bela pulak bila tengok Sugar Glider nie, namun apakan daya suami tak izinkan kerana mempunyai anak kecil...huhuhuhu...

Sugar Glider kat belakang badan maksu Lina...
Ini adalah diantara gambar Sugar Glider yang berjaya menambat hatiku ini......
Sugar Glider tengah kembang....


Sugar Glider kat umah tok...
kecilkan Sugar Glider nie... 
Sugar Glider kat belakang bahu maksu Lina...








Selasa, 22 Mei 2012

Contengan Pena: .:: Love Quotes ::.

Contengan Pena: .:: Love Quotes ::.:



 
Love is friendship set on fire ~Jeremy Taylor~




If you love somebody, let them go. If they return, they were always yours.If they don't, they never were.~Anon~




                Love is a never ending feeling ~Adeil Prince~





Love like a beautiful flower which I may not touch, but whose fragrance makes the garden a place of delight just the same ~Helen Keller~







Love takes off masks that we fear we cannot live without and know we cannot live within ~ James Baldwin ~




Love can sometimes be magic. But Magic can sometimes just be an illusion ~ Javan ~










I have said nothing because there is nothing I can say that would describe how I feel as perfectly as you deserve it. ~Kyle Schmidt~





One word frees us from the weight and pain of life; that word is love~Sophocles~