Hukuman Hudud ( حدود ) ?? Saya bukannya hendak tunjuk pandai atau bertujuan
tidak baik. Sebelum kita mengkritik ataupun memberikan apa-apa pandangan kita
haruslah mencari ilmu dan membuat kajian. Maka itulah yang saya lakukan, jika
ada kekurangan marilah kita kongsikan disini.....
Menurut Imam Syafie, setiap pandangan itu haruslah
berdasarkan ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan itu datangnya dari Tuhan
yang menciptakan yakni Allah s.w.t. Mengapa sebabnya lahirnya Hukum Hudud dan
bilakah, untuk siapakah, serta apakah platform yang perlu ada bagi menjalankan
Hukum Hudud.
Kita sendiri boleh melihat bahawa bukan semua Negara Islam
mampu menjalankan Hukum Hudud kerana ditakuti mencetuskan kontroversi
terutamanya kepada rakyat yang bukan beragama Islam. Hukum Hudud bukanlah untuk
semua golongan manusia tetapi hanya terhad kepada orang Muslim. Walaupun
begitu, Hukum Hudud juga boleh dijalankan keatas orang bukan Muslim tetapi
haruslah melihat kepada keadaan, kesalahan dan situasi. Ini merujuk kepada
sirah Rasulullah s.a.w terdapat juga orang bukan Muslim dibawah naungan
pemerintahan seorang Amir (Ketua kerajan atau organisasi Islam) dilaksanakan
Hukum hudud keatas orang bukan Islam. Sememangnya Hukum Hudud dilakukan kepada
orang Islam, namun bagi orang bukan Islam mereka diberikan pilihan samada untuk
menjalankan hukuman dengan cara Islam ataupun mengikut agama mereka sendiri.
Bagi saya lain agama maka lainlah hukumannya. Malah ianya juga akan menimbulkan
masalah sekiranya seseorang itu tidak beragama.
Dalam menyeru bagi menegakkan dalam melaksanakan agama Islam
yang Syumul (menyeluruh) dalam segala perspektif kita haruslah berfikir dan
mengkaji dengan menyeluruh, jika terdapat lubang-lubang kelemahan dalam idea bagi
melaksanakan Hukum Hudud. Untuk melaksanakan Hukum Hudud kita perlukan kepada
dua perkara yakni rakyat yang beragama Islam dan pucuk pimpinan dari seorang
Muslim yang nyata.
Apa yang saya maksudkan disini ramai yang mengakui mereka
beragama Islam tetapi tidak mempunyai perasaan taat setia pada agama iaitu
Islam hanya pada nama sahaja (na’uzubillah). Bagi melaksanakan Hukum Hudud ini
kita haruslah mengukur sejauh mana Islamiknya rakyat kita yang beragama Islam. Terutamanya
dari segi akhlak, perlakuan, pemikiran serta pertuturan yang menunjukkan
identiti Islam yang boleh diperakui. Malah adakah mereka menjalani kehidupan
seharian berlandaskan Islam yang utuh dan patuh pada ajaran agama Islam ??
Bagi padangan saya, seharusnya kita berfikir sejenak iaitu:
- Mengapa kita perlu takut pada hukuman yang telah ditetapkan oleh Islam, jika kita tidak mempunyai sebarang niat atau hajat melakukan kesalahan ataupun perbuatan yang dilaknat oleh Allah yang mana boleh dikenakan Hukuman Hudud.
- Mengapa kita perlu takut pada hukuman yang dijalankan didunia?? Adakah kepercayaan kita kepada hari akhirat iaitu dengan azab yang lebih berat dan menyeksakan itu tidak cukup untuk membina landasan taqwa pada Allah.
- Mengapa kita tidak menyeru kepada perlaksanaan cara hidup Islam (Ad-Deen) yang lebih utuh dengan harapan kita bukanlah hanya sebuah Negara Islam yang dikenali dari segi material. Semoga ianya dapat menarik lebih ramai manusia melihat betapa indahnya dan syumulnya agama suci Allah ini, diman setipa kalimah Al-Quran membuktikan keesaan dan KebesaranNya. Sebolehnya bukan menakut-nakutkan mereka dengan keadilan yang boleh disalah ertikan.
Disini saya bukanlah tidak bersetuju jika Hukum Hudud
dijalankan di Malaysia, namun saya rasa kesal disini apabila Hukum Hudud ini
dijadikan sumber parti politik bertikam lidah sesama Islam. Jika ada pihak yang
dapat memberikan maklumat yang tepat kepada umum khasnya bagi yang bukan
beragama Islam, maka tidak ada salahnya Hukum Hudud dijalankan di Malaysia.
Malah dengan adanya usaha yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kerja Sekretariat
Ulama Muda Umno (Ilmu) mungkin boleh mengubah perspektif umum terhadap Hukuman Hudud
dan diharapkan ianya tidak hanya separuh jalan.
iii.
Hudud: Ilmu keluarkan surat rasmi untuk Umno Johor
5 Julai 2012
SHAH ALAM - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) memutuskan untuk mengeluarkan surat rasmi kepada Umno Johor dalam masa dua atau tiga hari lagi berkenaan isu hudud.
Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, surat rasmi itu menyatakan sebulat suara menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengenai perlaksanaan hukum hudud di Johor.
Menurutnya, dalam surat tersebut, Ilmu menyuarakan pendapat dan cadangan berhubung proses perlaksanaan hukum hudud di negeri itu.
“Sekiranya segala usul, pendapat dan cadangan diterima, kami dengan sukarela melibatkan diri tampil membantu melicinkan proses perlaksanaan hukum hudud di Johor,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang tindakan mengenai isu yang hangat diperkatakan ini.
“Kuasa hanya berada di pihak mereka, kami sebagai pihak yang menyokong hanya mengeluarkan pandangan sahaja dan tidak ada hak atas sebarang keputusan.
“Selain itu, kami juga akan membuat hebahan mengenai surat rasmi yang dikeluarkan ini di facebook, twitter dan sebagainya sebagai tontonan masyarakat umum,” katanya.
Beliau sebelum ini, mengingatkan agar Umno Johor tidak terlalu gopoh untuk melaksanakan hukum hudud kerana dikhuatiri ia akan berhenti separuh jalan.
“Di samping itu, pelbagai aspek perlu dilihat dengan menghimpunkan pakarpakar yang arif mengenai hukum hudud dalam melontar pandangan agar hukum ini benar-benar dapat dilaksanakan seperti yang dicadangkan,” katanya.
1 ulasan:
jika hukum hudud dilaksanakan membuatkan saya rasa selamat..dat's my feelin.
Catat Ulasan