Prolog
TE AMO SAYANG
BUAT isteri, si pemilik tulang rusukku;
Isteri, ketahuilah bahawa sudah sekian lama ingin aku suarakan segalanya kepadamu. Sudah terlalu lama isi hati ini menanti untuk diluahkan buat kau yang berhak. Namun hingga ke saat ini aku masih belum punya kesempatan. Lapangkanlah hati, senyumlah sekiranya kau mampu mendengar setiap bait yang terzahir di hati suamimu ini.
Percayakah isteri andai kukatakan bahawa masih terasa hingga ke hari ini debaran kencang sekeping hati yang pada mulanya sekadar menaruh suka terhadapmu? Entah bila dan bagaimana, diri ini terlanjur sayang dan mencintai dirimu.
Pada ketika itu aku mula sedar bahawa aku tidak pernah melihatmu sebagai wanita yang lebih berusia daripadaku. Tidak pernah. Sebaliknya, di mataku kau adalah seseorang yang ingin aku jadikan sebahagian daripada diri ini. Kau yang telah dipilih-NYA untuk menyempurnai diriku. Tuan empunya hati yang serba kekurangan.
Dan untuk itu, aku begitu berterima kasih atas kesudianmu menerima lamaranku untuk hidup bersama mengharungi segala suka duka, pahit manis kehidupan. Tiada lagi jurang pemisah setelah pernikahan menyatukan kita, meleraikan segala tanda tanya tentang kesungguhanku untuk memilikimu.
Isteri, terima kasih atas kesabaranmu menelan setiap pahit yang pernah aku berikan selama ini. Juga, terima kasih tidak terhingga atas keikhlasanmu mengasihi keluarga kita seadanya. Kata orang, suram ikatan perkahwinan tanpa cahaya mata. Dan nyatalah aku seorang suami yang sungguh bertuah kerana memiliki isteri sebaikmu; Seorang wanita yang tidak teragak-agak mempertaruhkan hidup demi melahirkan zuriat kita.
Isteri, naifnya suamimu ini. Hanya terima kasih yang mampu aku lafazkan berulang kali. Terima kasih untuk segala pengorbananmu. Aku yakin sayang, sebenar-benar yakin bahawa cinta-NYA yang telah menyatukan kita.
Di kesempatan ini, aku mohon kepadamu agar jangan berputus asa terhadap cinta kita. Andai kata aku tidak dapat untuk bersamamu lagi, maafkanlah diri ini. Teruskan hidupmu sepertimana yang kau mahu. Doaku akan sentiasa mengiringi.
Suara hati,
Pemilik tulang rusuk yang kau pinjam. ~ ADRA ADLINA ~ (^_^)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan