HUKUM MANDI PEREMPUAN YANG DISETUBUHI OLEH JIN
Antara benar atau tidak, wujud atau tidak aku tidak dapat menyatakannya. Namun ada sesetengah wanita mempunyai pengalaman ini. Walaupun aku tidak pernah mengalaminya, namun apabila terbaca atikel ini terpanggil aku untuk berkongsi di laman blog aku.....
Ini adalah petikan dari sumber yang aku perolehi dari petikan Buku Dato' Ismail Kamus: Jin, Rasukan & Pengubatannya/ms/44-45/CetakanKeempat/Penerbitan Malindo.
Pernah kita mendengar kisah, ada perempuan yang didatangi jin dan disetubuhinya. Setelah perempuan itu menyedari dan merasakan sesuatu, apakah ini mewajibkan perempuan itu mandi wajib ataupun tidak?
Ada dua pandangan ulama’ tentang perkara ini :
1) Tidak wajib mandi menurut sesetengah pendapat mazhab Hanafi. Abul Ma’ali berkata, sekiranya seorang wanita berkata, “Saya disetubuhi oleh jin seperti seorang lelaki” tidak wajib mandi kerana tidak ada sebab yang membawa kepada wajibnya mandi itu iaitu “masukkan zakar”. Maka ini hanya seperti bermimpi tanpa adanya keluar mani.
2) Menurut pendapat pengarang kitab Gharaibul Jin Wa Ajaibuhu katanya, kalaupun dikatakan sebab yang mewajibkan mandi tidak wujud, maka tidaklah wajib mandi. Namun begitu, apabila ia merasakan secara jelas disetubuhi bermakna adalah sebab untuknya mewajibkan mandi. Oleh itu, wajib mandi di kala diyakini ia disetubuhi.
Untuk mengambil dua pendapat yang berbeza ini, seseorang perempuan hendaklah mandi wajib apabila memang terasa dirinya disetubuhi atau ada sesuatu yang masuk ke dalam faraj sebagaimana berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang maksudnya "apabila bertemu dua khitan, maka wajiblah mandi".
Apa yang menjadi persoalan pula ialah setakat menakah zakar jin ini memasuki ke dalam faraj wanita yang disetubuhi. Namun apabila mani perempuan yang disetubuhi oleh jin itu keluar maka tidak syak lagi wajib mandi kerana apabila keluar mani dengan apa cara sekalipun, menurut Sabda Rasulullah s.a.w "انما الماء بالماء" apabila keluar mani wajiblah seseorang itu mandi. wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan