Biar apa orang kata yang penting aku adalah aku....
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik "kadang2...",
sensitif, berfikiran mendalam, "yelah tue..."
pandai mengambil hati orang lain "eh yer ke..??"
pendiam kecuali setelah dirangsang "ini memang aku..."
agak pemalu "kalau tak kenal orang laaa....."
daya tumpuan yang sangat tinggi "tinggi la sangat.."
badan sehat tetapi mudah diserang selesema "memang pun..."
bersikap romantik tetapi x pandai mempamerkanya "romantik kt suami jerr.."
cukup sayang kepada kanak-kanak "anak aku n budak yang comel2 jerr.."
suka duduk di rumah "haa....apa lagi layan fb atau blog aku la.."
setia pada segalanya..."semestinya..."

Isnin, 30 Julai 2012

KESILAPAN WANITA SEMASA MENUTUP AURAT..!!

Aku lihat ramai dikalangan kita, sekarang ini memakai tudung tetapi ramai memakai tudung untuk berhias, sekadar berfesyen  ataupun sekadar trend terkini. Oleh itu, ramai yang tidak sedar bahawa tudung yang dipakai adalah dengan cara yang salah dalam agama Islam dan dalam tak sedar kita telah melangkahkan kaki kita setapak ke neraka.....nauzubillah !! Minta dijauhkan....sebenarnya ramai yang lupa bahawa aurat wanita ialah dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan. Walaupun ramai yang sedar akan aurat wanita tetapi ramai yang lalai ataupun cuai dalam pemakaian, contohnya memakai tudung yang singkat sehingga menampakkan bahagian dada, menampakkan leher dan telinga, menampakkan bentuk badan serta lengan dan sebagainya. 

Oleh itu sempena bulan Ramadhan ini mari kita sama-sama memperbaiki kekurangan kita dengan melihat diri kita samada kita benar-benar menutup aurat mengikut ajaran islam atau tidak...ye kawan-kawan...!!

Gambar dibawah ada menunjukkan bagaimana caranya kita menjaga aurat kita dengan betul agar kita tidak melakukan kesilapan semasa menutup aurat.


Tiada ulasan: