Biar apa orang kata yang penting aku adalah aku....
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik "kadang2...",
sensitif, berfikiran mendalam, "yelah tue..."
pandai mengambil hati orang lain "eh yer ke..??"
pendiam kecuali setelah dirangsang "ini memang aku..."
agak pemalu "kalau tak kenal orang laaa....."
daya tumpuan yang sangat tinggi "tinggi la sangat.."
badan sehat tetapi mudah diserang selesema "memang pun..."
bersikap romantik tetapi x pandai mempamerkanya "romantik kt suami jerr.."
cukup sayang kepada kanak-kanak "anak aku n budak yang comel2 jerr.."
suka duduk di rumah "haa....apa lagi layan fb atau blog aku la.."
setia pada segalanya..."semestinya..."

Rabu, 27 Jun 2012

Info Tentang Sugar Glider



SUGAR GLIDER...

Teringat aku pada binatang yang tinggal di rumah nenek aku, binatang ni sangat cute, jenis yang kecil cenonet tetapi lincah dan aktif. Bila melihat ianya begitu manja duduk dibahu dan tapak tangan ibu saudaraku membuatkan aku menjadi geram dan mula mencari info mengenai Sugar Glider, dibawah adalah info mengenainya:-

Sugar Glider merupakan sejenis haiwan peliharaan eksotik jenis gliding marsupial kecil atau nama saintifiknya Petaurus Breviceps. Ianya mendapat namanya kerana sifatnya yang menggemari makanan jenis manis dan ianya mempunyai membran peluncur yang menyamai tupai terbang. Malah ianya juga seperti kanggaroo spesis kecil sebab Sugar Glider betina mempunyai kantung kat perut. Ianya mula aktif bermula jam 11.00 malam sehingga jam 8.00 pagi dan ianya agak malas pada waktu siang, namun ianya begitu manja pada sesiapa yang dikenalinya. Ianya juga akan mengeluarkan bunyi bising seakan salakan anak anjing, jika pemiliknya tidak mengeluarkannya daridari sangkar untuk diajak bermain.

Sugar Glider tak ada di Malaysia, ianya hanya boleh dijumpai di Australia, Papua New Guinea, Tasmania dan Indonesia. Walaupun ianya tidak berasal dari Malaysia namun ianya boleh hidup dan membiak di Malaysia.

Sugar Glider ini menjadi kegilaan pencinta haiwan eksotik masa kini. Jika dibawa ke kawasan umum, pastinya ianya mencuri tumpuan orang ramai. Malah tidak hairanlah jika ada yang datang mengerumuninya, ditambah pula badannya yang berbulu lembut pasti ramai yang terpikat. Sugar Glider terkenal sebagai haiwan bersaiz poket mungkin disebabkan saiz badannya yang kecil dan comel. 

Di Malaysia masih ramai lagi yang belum membela Sugar Glider, mungkin disebabkan harganya yang agak mahal dan ianya bukan berasal dari negara ini. Sugar Glider juga mempunyai banyak variasi warna. Paling lazim dibela adalah daripada jenis Classic Grey kerana ianya murah iaitu sekitar harga RM 250 hingga RM 350 seekor dan RM 500 sepasang bersama sangkar yang dijual dekat  mudah.my.  Bagi Sugar Glider variasi lain, ianya agak mahal iaitu White Faced (RM 2, 500 seekor), White Faced Blonde (RM 3, 000 seekor), Ring Tail (RM 7, 500 Seekor), Mosaic (RM 7, 500 seekor), White Mosaic (RM 10, 000 seekor), Creameino (RM 15, 000 seekor), Albino (RM 15, 000 seekor) dan Leucistic (RM 15, 000 seekor). Kemasukkan Sugar Glider di Malaysia bermula sekitar awal tahun 2000 dan semakin mendapat perhatian dihati pencinta haiwan sejak ianya dipaparkan dalam sebuah rancangan dokumentari di TV3.

Sugar Glider merupakan haiwan sosial yang memerlukan penjaganya meluangkan masa melayaninya selama tiga hingga empat hari sehari. Ini kerana jika dibiarkan tanpa belaian haiwan ini akan kesunyian, kemungkinan ianya akan mencederakan dirinya sendiri dengan menggigit ekornya, bulu diperut dan kemudianya memakan isi perutnya sendiri walaupun telah diberikan makanan yang mengcukupi. Oleh itu, jika sesiapa yang sibuk jika berminat untuk membelanya, mereka disarankan agar membela sepasang Sugar Glider bagi mengelak haiwan tersebut kesunyian.

Pengemar atau pemilik haiwan ini tidak boleh menganggap memeliki Sugar Glider sebagai satu trend kerana ianya memerlukan komitmen daripada pemiliknya. Mudah atau tidak menjaganya bergantung kepada pemilik itu sendiri. Sekiranya pemilik itu rajin, tabah dan pandai mengatur jadualnya, maka penjagaan Sugar Glider akan menjadi mudah. Jadi sebelum menjaganya bagi yang berminat mereka haruslah membuat persediaan terlebih dahulu dan mengumpul maklumat mengenainya serta mengetahui makanannya.

Selain mempunyai pengetahuan yang luas, sesiapa yang berminat juga haruslah mempunyai pengetahuan asas tentangnya, mereka perlulah mengetahui cara memilih Sugar Glider yang sihat, menyediakan sangkar setinggi tiga kaki, kantung tidur, alatan permainannya, botol air dan makanan khas.

Tempoh bunting Sugar Glider mengambil masa 16 hari dan apabila lahir anaknya akan tinggal didalam kantung ibunya (In Pouch), kira-kira dua bulan dan putus susu ibunya dua bulan selepas keluar kantung ibunya. Anak Sugar Glider boleh dipisahkan daripada ibunya seawal dua bulan selepas keluar dari kantung ibunya,  (Out Of Pouch), namun adalah lebih baik sekiranya dipisahkan pada usia tiga bulan selepas keluar dari kantung ibunya.

Tempoh kematangan Sugar Glider adalah berbeza tetapi secara purata, sugar Glider betina matang pada usia lapan bulan ke atas dan Sugar Glider jantan pada umur empat bulan ke atas. Ianya  akan membiak dua hingga tiga kali setahun mengikut musim dan biasanya menghasilkan seekor hingga dua ekor anak paling minimum dan paling banyak empat ekor anak. Sugar Glider mempunyai jangka hayat selama 10 hingga 15 tahun.

Sugar Glider memerlukan pemakanan seimbang dan mempuanyai daet khas yang tersendiri walaupun ianya mengemari makanan manis. Pemakanannya haruslah seimbang dengan mengambil kira jumlah nutrisi iaitu 30-50 peratus protein, 20-30 peratus buah-buahan, 40 peratus sayur-sayuran dan 15 peratus karbohidrat, disamping dibantu makanan suplemen womboro protein tinggi (HPW) iaitu diet yang paling senang untuk disediakan dan ianya merupakan diet yang paling hampir menyerupai pemakanan Sugar Glider di dalam hutan. Jika pemakanan Sugar Glider tidak diambil berat ianya akan menyebabkan ianya sakit dan menghidapi masalah kesihatan seperti obesiti, katarak, buta, lumpuh kaki belakang dan terkena jangkitan kuman atau virus. Antara makanan Sugar Glider yang senang didapati adalah buah-buahan seperti betik, tembikai susu dan epal. Walaupun Sugar Glider tidak menolak sebarang makanan yang diberikan, terdapat makanan yang tidak boleh diberikan kepada haiwan tersebut seperti coklat kerana ianya boleh menghasilkan toksik kepada Sugar Glider.

Amacam nak bela tak....?? Sekarang dah tak susah nak bela binatang nie.....Aku rasa nak bela pulak bila tengok Sugar Glider nie, namun apakan daya suami tak izinkan kerana mempunyai anak kecil...huhuhuhu...

Sugar Glider kat belakang badan maksu Lina...
Ini adalah diantara gambar Sugar Glider yang berjaya menambat hatiku ini......
Sugar Glider tengah kembang....


Sugar Glider kat umah tok...
kecilkan Sugar Glider nie... 
Sugar Glider kat belakang bahu maksu Lina...








2 ulasan:

Suhana Shuib berkata...

nak beli kat mana ni?? nak bela juga..

Unknown berkata...

Sugar glider for sale

RM1000 package
- 4 Sugar Gliders (2 adults + 2 new born joey)
- FREE accessories (sleeping pouch, bounding pouch, food container, water bottle, and toys)
- FREE 3 feet cage
- FREE supplement/vitamin
- SG are in good health conditions (fluffy/furry)

PLEASE CONTACT 017-6876377