Biar apa orang kata yang penting aku adalah aku....
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik "kadang2...",
sensitif, berfikiran mendalam, "yelah tue..."
pandai mengambil hati orang lain "eh yer ke..??"
pendiam kecuali setelah dirangsang "ini memang aku..."
agak pemalu "kalau tak kenal orang laaa....."
daya tumpuan yang sangat tinggi "tinggi la sangat.."
badan sehat tetapi mudah diserang selesema "memang pun..."
bersikap romantik tetapi x pandai mempamerkanya "romantik kt suami jerr.."
cukup sayang kepada kanak-kanak "anak aku n budak yang comel2 jerr.."
suka duduk di rumah "haa....apa lagi layan fb atau blog aku la.."
setia pada segalanya..."semestinya..."

Rabu, 18 Julai 2012

anda kecewa...putus asa...!! Hidup mesti Diteruskan..bangun dan mulakan hidup baru...



Aku tulis bukan untuk diriku tapi untuk teman2 yang masih lagi keseorangan...yang masih lagi menangisi nasib diri setelah dikecewakan....!! Buat renungan bersama....
Walaupun putus cinta, bercerai hidup...kita harus bangun kerna hidup mesti diteruskan.... (^_^)


Setelah dikecewakan.Belum terfikir untuk bercinta lagi. Ermm..


Cinta.... 


“Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang. Cukup cintai dia dalam DIAM. Kerana diammu adalah salah satu bukti cinta kepadanya. Kau ingin memuliakan dia dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang. Kau juga tidak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya.”

Bercinta dalam diam?
Saya sudah penat bercinta. Saya nekad untuk berhenti sahaja di sini. Saya mahu cinta hanya selepas nikah. Saya mahu perasaan cinta yang dibina dihormati, dibelai dan paling penting diberkati oleh Pencipta Cinta. Mungkin saya sedar dosa-dosa yang telah saya lakukan kepada awak. Dosa-dosa yang telah kita lakukan bersama. Saya mahu sucikan semua itu.
Saya inginkan yang halal. Saya tak sanggup lagi mengingati awak dengan tangisan dan derita. Saya mahu bahagia yang sebenar, keberkatan Allah dan pahala yang berterusan apabila mengingati kekasih, suami saya.
Betul. Kalau saya ingat suami/isteri , saya dapat pahala. Tapi kalau saya ingat awak apa yang saya dapat?
Zina hati. Hati saya sudahlah kotor menjadi semakin kotor. Saya telah leka daripada Allah. Jauh. Terasa jauh benar saya denganNya. Inilah jalan paling terbaik. Lepaskan cinta ini pergi. Biarkan saya dengan cinta Allah.
Ya, banyak lagi perkara yang perlu kita sumbangkan terutamanya untuk ummah. Selagi umur muda masih ada. Kelak bila Allah tarik nikmat ini, tiada lagi penyesalan.

"Dan kepunyaanNyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepada-Nya" (Surah al-Rum : 26)

Selamat tinggal kenangan lama. Setelah kubungkus, akan ku lemparkan ke mulut lori sampah. Aku nekad. Aku ingin menjadi hamba Allah, bukan hamba cinta.

"Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hatimu, nescaya Dia memberikan yang lebih baik daripada apa yang telah diambil darimu dan Dia akan mengampuni kamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Surah al-anfal : 70)

P/s : Beginilah jadi bila kita dikecewakan oleh seseorang yang betul-betul kita sayang.Tapi ingatlah walau apa pun yang terjadi pasti ada hikmahNya.Pasti DIA telah merancang yang terbaik untuk hambaNya.Perkara sudah terjadi hidup harus diteruskan,walaupun begitu perit.Ingat kita bukan keseorangan,Allah selalu bersama
kita.

sumber dari:- teman blogger ::"CINTA TIRAMISU."::

Tiada ulasan: