Pembentukan Akhlak Pelajar Bermula Di Rumah bukannya hanya mengharapkan pihak sekolah semata-mata.
Assalamualaikum wbt...
Aku menulis demi mempertahankan apa yang aku pelajari dan apa yang aku faham, lain orang lain pendapatnya. Maaf jika ada yang terasa hati atau tidak berpuas hati dengan kenyataan yang bakal aku katakan. Ada yang mengatakan seharusnya anak-anak diasingkan lelaki dan perempuan di sekolah lagi sebagai cara untuk membendung perbuatan zina ataupun maksiat. Tetapi bagi aku tiada gunanya diasingkan kerana jika diasingkan apabila besar nanti mereka ini akan menjadi pelik dan mungkin akan lebih teruk apabila berjumpa ataupun bergaul dengan yang berlawanan jantinanya.
Melalui pengalaman aku yang aku lihat berlaku disekeliling aku ramai juga yang berpendidikan agama sejak sekolah lagi yang mana memasuki sekolah agama perempuan mahupun sekolah agama lelaki yang sememangnya telah diasingkan. Namun apa yang mengecewakan mereka ini berlainan sifat dan perlakuannya apabila habis belajar disekolah dan jauh dari pandangan ibubapa. Ada yang sangup membuka tudung, berpakaian seksi, bebas keluar dengan lelaki tanpa mengira sempadan dan pulang lewat malam. Malah ada juga mereka ini sanggup membelakangkan ibubapa dengan mengambil jalan singkat untuk berkahwin di negara jiran kita Thailand hanya kerana bapa enggan menjadi wali. Mengapa ini berlaku adakah kerana salah pihak sekolah ataupun kerajaan....??
Bagi pendapat aku tugas seorang guru hanyalah membimbing, manakala ibubapa lah yang mencorakkan anak tersebut. Jadi jangan hanya semata-mata mengharapkan guru dan pihak sekolah sahaja. Ramai ibubapa diluar sana berbangga anaknya pandai bermain "facebook" , "Tagged" dan sebagainya yang wujud dilaman sesawang, tetapi ramai yang tidak memantau kegiatan anak mereka yang menggunakan laman sesawang sebagai tempat untuk bercinta dan bergaul dilaman sosial yang wujud sekarang ini. Tanpa mereka sedar anak-anak ini mungkin akan keluar bertemu janji dibelangkang mereka dengan teman lelaki ataupun wanita yang mereka kenali dilaman sesawang tersebut. Syukur jika tidak berlaku apa-apa keatas anak tersebut, tetapi bagaimana jika terjadi sesuatu...kepada siapa mereka ingin salahkan...adakah pada kerajaan ataupun guru yang mengajar anak.
Bak kata pepatah kita "MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA" bermakna, mendidik anak itu biar dari masa kecilnya, kerana anak-anak yang dilahirkan itu bagaikan kain putih dan ibu bapa mencorakkan anak-anak mereka mengikut apa yang diinginkan oleh mereka terhadap anak-anak.
Kegagalan membentuk generasi yang bukan sahaja berilmu bahkan berakhlak mulia adalah berpunca daripada kegagalan ibu bapa dalam memperlengkapkan diri dengan elemen-elemen yang boleh menjadi contoh, cerminan, role model, idola kepada anak- anak mereka dalam semua aspek yang menjadi nilai dalam kehidupan.
Ibu bapa yang benar-benar inginkan anak-anak mereka cemerlang cemerlang dunia dan akhiratnya hendaklah sentiasa berusaha dan berdoa untuk menjadi ibu bapa cemerlang seiring dengan usaha demi menghasilkan anak yang cemerlang.
Kejayaan dan kecemerlangan anak-anak juga merupakan kecemerlangan dan kejayaan ibu bapa yang mendidik. Sekolah adalah sebuah institusi pendidikan di mana kesinambungan tarbiyah anak-anak daripada rumah akan diteruskan lagi dengan guru-guru sebagai pendokongnya yang memegang amanah yang sangat berat.
Ibubapa seharusnya mempunyai pengetahuan yang cukup untuk mentarbiyah anak-anak sesuai dengan zaman alaf baru yang serba canggih untuk diterapkan kedalam diri anak-anak dan memberi pendidikan soasial yang berteraskan ajaran agama.
Kerjasama antara guru dan ibu bapa dalam memupuk nilai kasih sayang antara anak-anak dan ibu bapa dalam institusi keluarga sangat penting untuk mewujudkan "keluarga penyayang", "sekolah ku rumahku" , "sekolah itu mulia" dan "rumah itu syurgaku".
bu bapa yang prihatin sentiasa menyambut baik usaha pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam akademik dan sahsiah anak-anak.
Di sana sini sering terdengar gejala sosial yang tidak sihat dikalangan remaja. Keruntuhan akhlak yang membimbangkan masyarakat kita hari ini semakin ketara. Siapa yang patut dipersalahkan? Adakah ibu yang melahirkan? atau bapa yang membesarkan? atau guru yang mendidik? atau pemimpin / kerajaan yang memerintah? Siapa pun anda, siapa pun kita, siapa pun mereka dan siapa pun si anu dan si polan, apabila dinamakan insan, seorang anak dan seorang pelajar, semua kehidupan mereka adalah bermula daripada naungan seorang ibu dan seorang bapa. Sebab itu lah pembentukan sahsiah seseorang anak itu bermula di rumah, di bawah tarbiyah ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan peribadi dan sahsiah anak-anak.
Sudah terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh guru, sehinggakan ada yang tidak sempat untuk melihat rumahtangga mereka hanya kerana ingin mendidik anak kita. Usah dibebani lagi mereka ini. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi membendung masalah sosial yang membelengu remaja hari ini. Bagi pelajar-pelajar yang tinggal di asrama mereka telah diasuh dan dididik menjalani rutin harian mengikut lunas-lunas Islam. Contohnya mereka diajar dan digalakkan solat lima waktu secara berjemaah setiap hari, mengaji Al-Quran, mengikuti kuliah maghrib, tazkirah, dan pelbagai program kerohanian.Malah di dalam kelas guru-guru sentiasa menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar samada secara langung dan tidak langsung. Pelbagai aktiviti yang membabitkan usaha untuk meningkatkan prestasi disiplin pelajar diterapkan samada melalui program motivasi atau kegiatan luar bilik darjah seperti aktiviti anjuran unit kokurikulum dan kegiatan-kegiatan luar yang lainnya.
Siapa pun anda, siapa pun kita, siapa pun mereka dan siapa pun si anu dan si polan, apabila dinamakan insan, seorang anak dan seorang pelajar, semua kehidupan mereka adalah bermula daripada naungan seorang ibu dan seorang bapa. Sebab itu lah pembentukan sahsiah seseorang anak itu bermula di rumah, di bawah tarbiyah ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan peribadi dan sahsiah anak-anak.
Antara beberapa pendekatan tarbiyah kepada anak-anak.
2. Solat berjemaah bersama anak dan keluarga di rumah sebagai amalan harian dan kerap membawa anak-anak ke majlis ilmu seperti ke masjid dan lain-lain.
3. Sentiasa memastikan anak-anak berada di rumah bersama keluarga pada waktu malam dan berjemaah bersama serta memantau mereka ketika mengulangkaji pelajaran.
4. Tidak memberi kemewahan berlebihan kepada anak-anak kerana nilai kasih sayang tidak dapat dinilai dengan kekayaan dan harta yang melimpah ruah.
5. Ibubapa harus akur kepada perkembangan dan pergaulan sosial remaja masa kini dan seharusnya bijak menangani cabaran masalah mereka dengan mendidik anak-anak selari dengan zaman yang semakin canggih ini.
Di Kesempatan Ini Saya Ingin Ucapkan Selamat Hari Guru Buat Semua Guru Termasuklah Buat Papa Tersayang Dan Saudara maraku Serta Jiran-jiran Ku Yang Bergelar Guru....
Terima Kasih Guruku yang mendidik aku dahulu....- Miss You All -..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan