Biar apa orang kata yang penting aku adalah aku....
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik "kadang2...",
sensitif, berfikiran mendalam, "yelah tue..."
pandai mengambil hati orang lain "eh yer ke..??"
pendiam kecuali setelah dirangsang "ini memang aku..."
agak pemalu "kalau tak kenal orang laaa....."
daya tumpuan yang sangat tinggi "tinggi la sangat.."
badan sehat tetapi mudah diserang selesema "memang pun..."
bersikap romantik tetapi x pandai mempamerkanya "romantik kt suami jerr.."
cukup sayang kepada kanak-kanak "anak aku n budak yang comel2 jerr.."
suka duduk di rumah "haa....apa lagi layan fb atau blog aku la.."
setia pada segalanya..."semestinya..."

Ahad, 6 Mei 2012

Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka.

Sering kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan. Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor atau doa yang tidak baik sehingga menjadi kebiasaan. Ibu tidak pernah merasa bersalah atau berdosa atas perbuatannya. Sambil bersungut dan mengumpat, si ibu meninggalkan permata hatinya itu menangis.



Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka, bukan hanya itu kita pun dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika marah. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bila waktu yang kita ucapkan perkataan itu menjadi doa dan dikabulkan. Dari Jabir bin Abdullah, beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ''Janganlah kalian menyumpah diri kalian, dan jangan pula menyumpah anak-anak kalian dan harta kalian, anda tidak mengetahui saat anda menyebut itu menjadi ( doa ) dan dikabulkan sehingga Allah akan mengabulkan sumpah itu.'' ( Hadis Riwayat Muslim ).Hadis di atas menjelaskan bahawa ada waktu baik yang di dalamnyaakan dikabulkan doa. Demikian itu hadis berkenaan melarang kita untuk menyumpah diri, putera-puteri kita dan harta kekayaan kita supaya sumpah itu tidak bertetapan dengan waktu doa itu dikabulkan. Tetapi sayangnya sebagaimana yang dipaparkan di atas, ramai kaum ibu sebenarnya yang melaknat dan menyumpah anak mereka, tetapi beralasan mereka sebenarnya tidak bermaksud melakukan sedemikian. Sebagaimana kita ketahui, alasan itu tidak dapat diterima kerana larangannya jelas dan tegas.Penulis mendapati pengalaman itu boleh dijadikan ibrah ( pelajaran ) bersama. Semoga Allah membimbing kita semua serta mengampuni segala dosa kita. Sebenarnya banyak tip yang boleh dipelajari oleh ibu agar mereka mampu boleh mengawal emosi ketika marah. Antaranya:
1. Ketika ibu marah, ingatlah bahawa Allah selalu mengawasi kita dan ingatlah bahawa anak tidaklah terus menjadi dewasa dan memahami kehendak kita. Kita dulunya anak yang nakal dan menyakitkan hati orang tua kita. 
2. Tarik nafas dalam-dalam dan santai ( relaks ) 
3. Bila kedua-dua cara di atas belum boleh menguasai emosi segeralah beristighfar. Apabila ingin meninggikan suara maka lakukanlah sehingga anak mendengar suara kita. 
4. Seseorang akan mudah marah akibat keletihan. Maka jangan memaksa diri dalam melakukan pekerjaan rumah sebaiknya tidurlah segera ketika anak tidur. Berbincanglah dengan suami berkenaan cara dan kaedah selain bacalah buku sebagai panduan.
5. Jangan lupa berdoalah kepada Allah agar hati ibu dalam genggamanNya. InsyaAllah, kita tidak akan membiasakan diri lagi menyumpah anak kita ketika marah.

Tiada ulasan: