Biar apa orang kata yang penting aku adalah aku....
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik "kadang2...",
sensitif, berfikiran mendalam, "yelah tue..."
pandai mengambil hati orang lain "eh yer ke..??"
pendiam kecuali setelah dirangsang "ini memang aku..."
agak pemalu "kalau tak kenal orang laaa....."
daya tumpuan yang sangat tinggi "tinggi la sangat.."
badan sehat tetapi mudah diserang selesema "memang pun..."
bersikap romantik tetapi x pandai mempamerkanya "romantik kt suami jerr.."
cukup sayang kepada kanak-kanak "anak aku n budak yang comel2 jerr.."
suka duduk di rumah "haa....apa lagi layan fb atau blog aku la.."
setia pada segalanya..."semestinya..."

Selasa, 22 Mei 2012

Contengan Pena: .:: Love Quotes ::.

Contengan Pena: .:: Love Quotes ::.:



 
Love is friendship set on fire ~Jeremy Taylor~




If you love somebody, let them go. If they return, they were always yours.If they don't, they never were.~Anon~




                Love is a never ending feeling ~Adeil Prince~





Love like a beautiful flower which I may not touch, but whose fragrance makes the garden a place of delight just the same ~Helen Keller~







Love takes off masks that we fear we cannot live without and know we cannot live within ~ James Baldwin ~




Love can sometimes be magic. But Magic can sometimes just be an illusion ~ Javan ~










I have said nothing because there is nothing I can say that would describe how I feel as perfectly as you deserve it. ~Kyle Schmidt~





One word frees us from the weight and pain of life; that word is love~Sophocles~

Rabu, 16 Mei 2012

Pembentukan Akhlak Pelajar, Guru atau Ibubapa


Pembentukan Akhlak Pelajar Bermula Di Rumah bukannya hanya mengharapkan pihak sekolah semata-mata.





Assalamualaikum wbt...
Aku menulis demi mempertahankan apa yang aku pelajari dan apa yang aku faham, lain orang lain pendapatnya. Maaf jika ada yang terasa hati atau tidak berpuas hati dengan kenyataan yang bakal aku katakan. Ada yang mengatakan seharusnya anak-anak diasingkan lelaki dan perempuan di sekolah lagi sebagai cara untuk membendung perbuatan zina ataupun maksiat. Tetapi bagi aku tiada gunanya diasingkan kerana jika diasingkan apabila besar nanti mereka ini akan menjadi pelik dan mungkin akan lebih teruk apabila berjumpa ataupun bergaul dengan yang berlawanan jantinanya.



Melalui pengalaman aku yang aku lihat berlaku disekeliling aku ramai juga yang berpendidikan agama sejak sekolah lagi yang mana memasuki sekolah agama perempuan mahupun sekolah agama lelaki yang sememangnya telah diasingkan. Namun apa yang mengecewakan mereka ini berlainan sifat dan perlakuannya apabila habis belajar disekolah dan jauh dari pandangan ibubapa. Ada yang sangup membuka tudung, berpakaian seksi, bebas keluar dengan lelaki tanpa mengira sempadan dan pulang lewat malam. Malah ada juga mereka ini sanggup membelakangkan ibubapa dengan mengambil jalan singkat untuk berkahwin di negara jiran kita Thailand hanya kerana bapa enggan menjadi wali. Mengapa ini berlaku adakah kerana salah pihak sekolah ataupun kerajaan....??


Bagi pendapat aku tugas seorang guru hanyalah membimbing, manakala ibubapa lah yang mencorakkan anak tersebut. Jadi jangan hanya semata-mata mengharapkan guru dan pihak sekolah sahaja. Ramai ibubapa diluar sana berbangga anaknya pandai bermain "facebook" , "Tagged"  dan sebagainya yang wujud dilaman sesawang, tetapi ramai yang tidak memantau kegiatan anak mereka yang menggunakan laman sesawang sebagai tempat untuk bercinta dan bergaul  dilaman sosial yang wujud sekarang ini. Tanpa mereka sedar anak-anak ini mungkin akan keluar bertemu janji dibelangkang mereka  dengan teman lelaki ataupun wanita yang mereka kenali dilaman sesawang tersebut. Syukur jika tidak berlaku apa-apa keatas anak tersebut, tetapi bagaimana jika terjadi sesuatu...kepada siapa mereka ingin salahkan...adakah pada kerajaan ataupun guru yang mengajar anak.

Bak kata pepatah kita "MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA" bermakna, mendidik anak itu biar dari masa kecilnya, kerana anak-anak yang dilahirkan itu bagaikan kain putih dan ibu bapa mencorakkan anak-anak mereka mengikut apa yang diinginkan oleh mereka terhadap anak-anak. 
Kegagalan membentuk generasi yang bukan sahaja berilmu bahkan berakhlak mulia adalah berpunca daripada kegagalan ibu bapa dalam memperlengkapkan diri dengan elemen-elemen yang boleh menjadi contoh, cerminan, role model, idola kepada anak- anak mereka dalam semua aspek yang menjadi nilai dalam kehidupan.
Ibu bapa yang benar-benar inginkan anak-anak mereka cemerlang cemerlang dunia dan akhiratnya hendaklah sentiasa berusaha dan berdoa untuk menjadi ibu bapa cemerlang seiring dengan usaha demi menghasilkan anak yang cemerlang. 
Kejayaan dan kecemerlangan anak-anak juga merupakan kecemerlangan dan kejayaan ibu bapa yang mendidik. Sekolah adalah sebuah institusi pendidikan di mana kesinambungan tarbiyah anak-anak daripada rumah akan diteruskan lagi dengan guru-guru sebagai pendokongnya yang memegang amanah yang sangat berat.

Ibubapa seharusnya mempunyai pengetahuan yang cukup untuk mentarbiyah anak-anak sesuai dengan zaman alaf baru yang serba canggih untuk diterapkan kedalam diri anak-anak dan memberi pendidikan soasial yang berteraskan ajaran agama.
Kerjasama antara guru dan ibu bapa dalam memupuk nilai kasih sayang antara anak-anak dan ibu bapa dalam institusi keluarga sangat penting untuk mewujudkan "keluarga penyayang", "sekolah ku rumahku" , "sekolah itu mulia" dan "rumah itu syurgaku".
bu bapa yang prihatin sentiasa menyambut baik usaha pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam akademik dan sahsiah anak-anak.
Di sana sini sering terdengar gejala sosial yang tidak sihat dikalangan remaja. Keruntuhan akhlak yang membimbangkan masyarakat kita hari ini semakin ketara. Siapa yang patut dipersalahkan? Adakah ibu yang melahirkan? atau bapa yang membesarkan? atau guru yang mendidik? atau pemimpin / kerajaan yang memerintah? Siapa pun anda, siapa pun kita, siapa pun mereka dan siapa pun si anu dan si polan, apabila dinamakan insan, seorang anak dan seorang pelajar, semua kehidupan mereka adalah bermula daripada naungan seorang ibu dan seorang bapa. Sebab itu lah pembentukan sahsiah seseorang anak itu bermula di rumah, di bawah tarbiyah ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan peribadi dan sahsiah anak-anak.



Sudah terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh guru, sehinggakan ada yang tidak sempat untuk melihat rumahtangga mereka hanya kerana ingin mendidik anak kita. Usah dibebani lagi mereka ini. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi membendung masalah sosial yang membelengu remaja hari ini. Bagi pelajar-pelajar yang tinggal di asrama mereka telah diasuh dan dididik menjalani rutin harian mengikut lunas-lunas Islam. Contohnya mereka diajar dan digalakkan solat lima waktu secara berjemaah setiap hari, mengaji Al-Quran, mengikuti kuliah maghrib, tazkirah, dan pelbagai program kerohanian.Malah di dalam kelas guru-guru sentiasa menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar samada secara langung dan tidak langsung. Pelbagai aktiviti yang membabitkan usaha untuk meningkatkan prestasi disiplin pelajar diterapkan samada melalui program motivasi atau kegiatan luar bilik darjah seperti aktiviti anjuran unit kokurikulum dan kegiatan-kegiatan luar yang lainnya.
Siapa pun anda, siapa pun kita, siapa pun mereka dan siapa pun si anu dan si polan, apabila dinamakan insan, seorang anak dan seorang pelajar, semua kehidupan mereka adalah bermula daripada naungan seorang ibu dan seorang bapa. Sebab itu lah pembentukan sahsiah seseorang anak itu bermula di rumah, di bawah tarbiyah ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan peribadi dan sahsiah anak-anak.



Antara beberapa pendekatan tarbiyah kepada anak-anak.


1. Mewujudkan persekitaran yang baik bagi mendidik anak anak. Ibu bapa menjadi contoh di rumah, dalam masyarakat dan sekolah.
2. Solat berjemaah bersama anak dan keluarga di rumah sebagai amalan harian dan kerap membawa anak-anak ke majlis ilmu seperti ke masjid dan lain-lain.
3. Sentiasa memastikan anak-anak berada di rumah bersama keluarga pada waktu malam dan berjemaah bersama serta memantau mereka ketika mengulangkaji pelajaran.
4. Tidak memberi kemewahan berlebihan kepada anak-anak kerana nilai kasih sayang tidak dapat dinilai dengan kekayaan dan harta yang melimpah ruah.
5. Ibubapa harus akur kepada perkembangan dan pergaulan sosial remaja masa kini dan seharusnya bijak menangani cabaran masalah mereka dengan mendidik anak-anak selari dengan zaman yang semakin canggih ini.


Di Kesempatan Ini Saya Ingin Ucapkan Selamat Hari Guru Buat Semua Guru Termasuklah Buat Papa Tersayang Dan Saudara maraku Serta Jiran-jiran Ku Yang Bergelar Guru....
Terima Kasih Guruku yang mendidik aku dahulu....- Miss You All -..

Ahad, 13 Mei 2012



Aku cukup pening bila ramai yang datang sini untuk daftar perkahwinan luar negara yang melibatkan isterinya orang Thailand ataupun luar negara khasnya untuk perkahwinan kali pertama. Ramai yang tidak tahu bahawa mereka perlu membuat permohonan nikah dan mendapat kebenaran di pejabat agama negeri masing-masing terlebih dahulu. Caranya sama dengan lelaki yang ingin mendirikan perkahwinan dengan perempuan yang berada di luar dari negerinya. Mana boleh main terus redah pergi bernikah di Thailand tanpa mendapatkan surat kebenaran dari Pejabat agama, setelah bernikah disana pasangan tersebut haruslah mendaftar pernikahan mereka disini. Kalau g kahwin terus, kena la naik turun Mahkamah n kena kuar banyak duit la jawabnya. Jadi jangan la nak marah2 kat pejabat agama n kerajaan kalau sendiri cari pasal....
Ramai yang cakap proses kawen di sini susah n baik kawen di Thailand, mereka tak sedar bahawa jika perkahwinan tidak didaftarkan di Malaysia banyak masalah akan timbul. Ini bukan untuk pasangan yang bernikah dengan bukan warganegara Malaysia sahaja tetapi untuk pasangan yang sah warganegara Malaysia tetapi bernikah di Thailand. Apa masalahnya ?? ini antara masalahnya :-

1) Apabila isteri mengandung, buku merah tak leh buka.
2) Anak tidak boleh didaftarkan @ maybe nama bapa tiada pada surat kelahiran.
3) Bayaran untuk keluar hospital RM 400.00 jika isteri bukan warganegara dan perkahwinan tidak didaftarkan.
4)Sukar untuk menfailkan permohonan perceraian di mahkamah.
5)Sekiranya bernikah dan bercerai di Thailand salah seorang pasangan perlu menfailkan permohonan pengesahan nikah dan cerai di Malaysia. Jika nak bernikah lain. takkah susah..??
6)Sekiranya suami meninggal dunia, isteri tidak dapat menuntut haknya.
so kena la daftar perkahwinan sekarang......jangan nak wat bising kat kami yang dok bertugas di pejabat agama n Mahkamah ye...






Suami pilih isteri atau anak??

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir
di lorong hospital,gelisah akan
keadaan isterinya yang akan melahirkan
anak sulung mereka.Setelah beberapa
jam ia menunggu, tak jua terdengar
tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang
doktor
berjalan tergopoh-gopoh keluar dari
ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?"
tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha,
keadaannya amat kritikal. Si ibusudah
tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ..?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk
menyelamatkan keduanya, tapimasih ada
harapan.
Kami hanya punya satu pilihan,
menyelamatkan si ibu, atau
menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak
dapat berkata-kata. ......

"Maaf encik, setiap saat amat
berharga, tolong cepat untuk membuat
pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki
itupun berkata dengan nada sayu,
"Doktor, saya sangat bingung .. Saya
serahkan sepenuhnya kepada doktor.
Tolong lakukan yang terbaik!"
pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang
persalinan. Nampaknya dia sudah
berpengalaman menangani masalah
darurat atau kritikal seperti ini. Dan
dia
tahu apa yang harus dilakukannya.


Ini adalah salah satu contoh,
bagaimana keyakinan beragama boleh
mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama
kristian/katolik, ia akan berusaha
menyelamatkan si anak, dan
mengorbankan si ibu.

Bagi doktor muslim, ia akan berusaha
menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan
si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah
pilihan yang sukar, tapi itulah jalan
terakhir dan muktamat.

Mengapa ia boleh berlaku seperti
demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia
yang lahir sudah membawa dosa,
doktrin ini dikenal dengan "dosa
waris" atau "dosa asal".Manusia yang
lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam
dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus
mengikuti seorang penyelamat yakni
penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).

Doktor Kristian itu akan berjuang
sedaya upaya untuk menyelamatkan si
anak,
agar dia dapat lahir dengan sihat dan
selamat walaupun sebaliknya terpaksa
mengorbankan si ibu . Doktor berharap,
setelah anak itu lahir ia akan
mendapat kesempatan untuk dibaptiskan,
untuk tujuan menebus dosanya.

Jika si anak meninggal sebelum
dibaptiskan, anak itu akan masuk
neraka. Sebab, dosanya belum sempat
ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia
lahir dalam keadaan fitrah/suci.
Doktor
muslim akan berjuang menyelamatkan si
ibu, kerana dia tidak bimbang yang
bayi akan masuk neraka.

Dengan terselamatkannya si ibu,
insyaAllah setelah sihat kembali akan
dikurniai kekuatan untuk mengandung
lagi dan mudah-mudahan mendapatkan
ganti yang lebih baik, yang lebih
soleh. Sedangkan anak yang tak sempat
terselamatkan, biarlah ia kembali
kepada Allah dalam keadaan suci.

Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu
tidak dilahirkan di dunia yang penuh
tipu daya ini agar hidupnya kelak
tidak menjadi orang yang tersesat.
Demikianlah, dalam keadaan serba salah
lelaki itu tak sempat untuk memastikan
agama doktor tadi. Dan ia sudah
berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan
kepercayaan. Pemahaman kita terhadap
ajaran agama yang kita anut, akan
menentukan jalan hidup kita.

Itu sebabnya amat penting bagi kita
orang Islam menentukan yang bakal
menerima kelahiran anak kita adalah
seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah
dihadapkan kepada pilihan.

1. Meneruskan tidur, atau bangun
sholat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau sholat
zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus
pulang ke rumah, atau singgah ke gerai
kopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah
amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau
menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau
mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....

Kita akan sering dihadapkan pada
pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan
melibatkan akibat atau natijah yang
sangat ditakuti.

Kesimpulannya perbanyakkanlah
muhasabah diri dan tambahkan ilmu
dengan
majlis2 ILMU. Mudah2an selamat kita
semua di dunia & di akhirat. Amiin
 

Isnin, 7 Mei 2012

Indahnya bergelar Isteri

ANDA SEORANG ISTERI? REBUTLAH PELUANG INI....

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Ahad, 6 Mei 2012

tips untuk suami



5 Tip Istimewa untuk Suami 

Isteri adalah anugerah dan nikmat istimewa yang diberikan oleh Allah untuk lelaki. Kebanyakan kita apabila bercinta amat romantik namun apabila sudah berkahwin, sifat romantik tersebut semakin padam dan hampir lenyap. Semaikan semula perasaan cinta anda agar hidup suami isteri bertambah dengan nikmat dan kebahagiaan.

Berikut adalah Tips untuk Suami.

1. Berikan bunga atau hadiah istimewa
Boleh dilakukan pada awal bulan setiap kali menerima gaji. Hantarkannya semasa dia bekerja atau dirumah. Luahkan kasih saying anda. Hadiah dan bunga tidak perlu mahal.

2. Berikan Kad, Surat, Text atau FB message
Tulis sesuatu yang indah untuk isteri seperti betapa cantiknya dia, rindukan masakannya (walaupun maggi) atau sekadar ucapan terima kasih kerana menjaga dan mendidik zuriat anda.

3. Ringankan beban isteri
Cinta tidak perlu diluahkan dengan kata-kata. Ia amat bermakna apabila dipraktikkan. Tolong Isteri dengan kerja rumah yang begitu membebankan. Mengambil giliran menjaga anak atau dengan memberikannya sedikit masa (Time Out) masa untuk rehat seketika dari membuat kerja rumah (bagi surirumah sepenuh masa)

4. Luahkan kasih sayang
Bilakah kali terakhir anda mengucapkan cinta anda kepada isteri? Ucapan ini amat bermakna. Ia sbenarnya memberikan maksud yang luas. Dengan mengucapkan cinta, anda seperti memberikan harapan dan keyakinan kepada isteri dan menguatkan semangat untuknya dalam menghadapi dunia yang penuh dugaan ini.

5. Bawa dia keluar
Gunakan masa yang ada untuk membawa isteri anda keluar bersiar. Jika ada peluang, lakukan aktiviti bersama-sama seperti menaiki basikal, berjogging, melawat museum atau pameran atau sekadar jalan jalan cari makan.

amalan yang baik semasa anak tidur


                                        AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... 


♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, 
♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.
♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. 
♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka.

Sering kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan. Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor atau doa yang tidak baik sehingga menjadi kebiasaan. Ibu tidak pernah merasa bersalah atau berdosa atas perbuatannya. Sambil bersungut dan mengumpat, si ibu meninggalkan permata hatinya itu menangis.



Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka, bukan hanya itu kita pun dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika marah. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bila waktu yang kita ucapkan perkataan itu menjadi doa dan dikabulkan. Dari Jabir bin Abdullah, beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ''Janganlah kalian menyumpah diri kalian, dan jangan pula menyumpah anak-anak kalian dan harta kalian, anda tidak mengetahui saat anda menyebut itu menjadi ( doa ) dan dikabulkan sehingga Allah akan mengabulkan sumpah itu.'' ( Hadis Riwayat Muslim ).Hadis di atas menjelaskan bahawa ada waktu baik yang di dalamnyaakan dikabulkan doa. Demikian itu hadis berkenaan melarang kita untuk menyumpah diri, putera-puteri kita dan harta kekayaan kita supaya sumpah itu tidak bertetapan dengan waktu doa itu dikabulkan. Tetapi sayangnya sebagaimana yang dipaparkan di atas, ramai kaum ibu sebenarnya yang melaknat dan menyumpah anak mereka, tetapi beralasan mereka sebenarnya tidak bermaksud melakukan sedemikian. Sebagaimana kita ketahui, alasan itu tidak dapat diterima kerana larangannya jelas dan tegas.Penulis mendapati pengalaman itu boleh dijadikan ibrah ( pelajaran ) bersama. Semoga Allah membimbing kita semua serta mengampuni segala dosa kita. Sebenarnya banyak tip yang boleh dipelajari oleh ibu agar mereka mampu boleh mengawal emosi ketika marah. Antaranya:
1. Ketika ibu marah, ingatlah bahawa Allah selalu mengawasi kita dan ingatlah bahawa anak tidaklah terus menjadi dewasa dan memahami kehendak kita. Kita dulunya anak yang nakal dan menyakitkan hati orang tua kita. 
2. Tarik nafas dalam-dalam dan santai ( relaks ) 
3. Bila kedua-dua cara di atas belum boleh menguasai emosi segeralah beristighfar. Apabila ingin meninggikan suara maka lakukanlah sehingga anak mendengar suara kita. 
4. Seseorang akan mudah marah akibat keletihan. Maka jangan memaksa diri dalam melakukan pekerjaan rumah sebaiknya tidurlah segera ketika anak tidur. Berbincanglah dengan suami berkenaan cara dan kaedah selain bacalah buku sebagai panduan.
5. Jangan lupa berdoalah kepada Allah agar hati ibu dalam genggamanNya. InsyaAllah, kita tidak akan membiasakan diri lagi menyumpah anak kita ketika marah.

Khamis, 3 Mei 2012





Judul : Teduhan Kasih
Penulis : Marissa
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22.00
Sabah/Sarawak : RM25.00



“Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!” -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

“Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini.” -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Rabu, 2 Mei 2012





Tahniah buat Suri RyanaAcik Lana, Sha Ibrahim,dan Nurul 
Azalila Ahmad Sahimi(Areila Sahimi) !!!


Best nyer penulis kesukaan aku pun tersenarai.....




bahaya nyerr...kalau tak baca memang tak tau..!!














Kejahilan meracun diri sendiri...!!

Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.

Dari manakah arsenik yang datang?

Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas. Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk datang membantu menyelesaikan kes itu.

Profesor dengan berhati-hati melihat kandungan dari < h. Dalam kurang dari setengah jam, misteri itu dapat diselesaikan.

Profesor itu berkata: 'simati tidak membunuh diri atau dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari kejahilan!'

Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan dari kejahilan?

Profesor itu menjelaskan: 'arsenik dihasilkan dalam perut si mati.' Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari, yang dengan sendirinya tidak menjadi masalah.

Masalahnya ialah bahawa dia makan sebahagian besar udang semasa makan malam. Makan udang tidak mendatangkan masalah dan tiada apa yang berlaku kepada keluarganya walaupun mereka telah sama-sama udang. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama si mati juga mengambil vitamin C ', itulah yang mendatangkan masalah!

Penyelidik di University of Chicago di Amerika Syarikat, mendapati selepas melalui uji kaji, makanan yang seperti kekerang lembut (shell) mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium.

Makanan itu segar dengan sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia.

Walau bagaimanapun, dalam mengambil vitamin C, tindak balas kimia berlaku dan asal unsur-unsur bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.

Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, JANGAN makan udang apabila mengambil vitamin C '.

Setelah membaca ini, jangan kedekut. Sila kongsi dengan rakan-rakan anda.


Rasanya photoshoot yang agak tidak sesuai ini diambil sebelum pemergian Nora Danish menunaikan umrah. Diharap selepas pulang kelak , Nora Danish tidak akan lagi menampilkan sisi dirinya yang penuh seksi ini. Lagi 3 gambar Nora Danish yang menggelegak dengan membaca entri ini sepenuhnya.




      PENGORBANAN IBU

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?"
ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.
Si ibu menyambut dengan senyum meleret.
Dibuka selimut yang menutup wajah
comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.
Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika.
Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak.
Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan
menyandang pelbagai jawatan di sekolah.
Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak
tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor.
"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang
sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak.
Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.
Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini,
saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "
Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.

Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku,"
balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya.
Ketika si anak berdiri di sisi
keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui.
Tak percaya...
tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.
Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya,
sentiasa minta ampun darinya,
berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka,
kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH
TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna,
selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'.

Ps:-Sayang mama...jasamu tidak terkira, dulu menjaga makan minum dan memberikan sepenuh perhatianmu padaku, kini kau curahkan semuanya pada anakku...thanks mama!!
Perkongsian bersama:

Bangun pagi-pagi sudah bersolat,melangkah ketempat kerja atau melakukan apa-apa urusan dikira satu ibadah...Tetapi alangkah ruginya apabila anda mulakan pagi anda dengan mencari keaiban orang dengan mengumpat,mengeji dan menghina hingga terlupa melihat keaiban diri sendiri.
Jika hati anda bersih seperti yang anda sangka-anda tidak akan sibuk melihat keaiban orang lain,anda tidak akan mulakan permusuhan dengan orang lain dan anda tidak akan mulakan hari anda dengan berkata buruk tentang orang lain....
Fikir-fikirkan lah..!
Marilah kita bersama-sama muhasabah diri,tidak kira siapa anda..kerana tidak ada manusia yang sempurna...

YANG SEMPURNA HANYALAH ALLAH SWT.



Kalau hari ini kita lihat wanita itu seksi dan tak terjaga pergaulannya...
Belum tentu esok hari dia masih begitu..
Mungkin saja auratnya lebih terjaga dari kita nantinya...

Kalau hari ini kita lihat seorang lelaki itu berkopiah berjubah menjaga mata...
Esok hari belum tahu dia masih begitu atau tidak..

Jangan sangka yang berpakaian warak itu tiada silap pada masa lampaunya..
Jangan sangka diri kita yang baik nih takkan pernah boleh buat silap..

Hati manusia mudah sangat dibolak balikkan...
iman manusia ada turun naiknya...

Siapalah kita nak menilai orang lain....
Kalau rasa diri belum baik, teruskan berdoa moga Allah memberikan kita hidayah..
bagi yang telah menjumpai 'jalan' kembali pada Allah,
berdoalah moga kekal istiqamah...

tiada orang baik yang tiada masa lampau.
tiada orang jahat yang tiada masa Depan.

3 Wajah ...Pandang Sahaja Dapat Pahala


Pertama : Wajah Ibu

Ibu merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Dari rahimnya kita dilahirkan. Dari air susunya kita dibesarkan. Insan yang tidak rasa jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih anak-anak. Sanggup berjaga malam diatas kesakitan anaknya. Besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu.. lantaran itu Allah memasukkan satu surah dalam Al-Quran yang di namakan Surah An-Nisa (Surah Perempuan). Kerana itu juga ada riwayat menyebut sesiapa yang memandang wajah ibunya sudah diberikan ganjaran pahala.( Balik rumah tengok wajah ibu tau..)

Kedua : Al-Quran

Memandang Al-Quran pun sudah mendapat pahala apa lagi membacanya. Kenapa kita tidak suka membaca Al-Quran sedangkan ia memberi cahaya kepada hati kita. Hati yang gelap,pekat disebabkan Quran begitu jauh dalam hidupnya. Ada rumah yang saya kunjungi di dalam almari,atas meja di penuhi Majalah Magga,URTV majalah fesyen dan sebagai sedangkan al-Quran saya tak nampak langsung. Bacalah Al-Quran setiap hari meskipun sebaris ayat nescaya hidup kita akan di berkati


Ketiga :  Kaabah

Di Makkah Al-Mukarramah Jamaah dari India Pakistan,Indonesia suka bersolat dan duduk diluar Masjidil Haram dikawasan lapang. malangnya saya juga bertemu banyak jamaah haji Malaysia turut sama kununnya di dalam Masjid dah penuh atau senang nak balik hotel bila selesai solat kerana tak perlu bersesak-sesak. Malang sungguh... sedangkan inilah peluang seumur hidup untuk memandang Baitullah. Sesiapa yang memandang Baitullah (kaabah) insyaallah akan mendapat pahala. Berusahalah untuk duduk sedekat mungkin dengan kaabah kerana itulah syiar umat Islam sejak zaman nabi Ibrahim lagi.
Belajarlah dan teruslah belajar ilmu agama yang maha luas ini jangan jadi orang yang jahil dan bodoh sombong.


Mari kita bersama berdakwah..Sesiapa sahaja boleh ambil, share atau copy. Saya izinkan. Sharing for caring...Tinggalkan komen boleh juga untuk sama sama kita berbicang...