Biar apa orang kata yang penting aku adalah aku....
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik "kadang2...",
sensitif, berfikiran mendalam, "yelah tue..."
pandai mengambil hati orang lain "eh yer ke..??"
pendiam kecuali setelah dirangsang "ini memang aku..."
agak pemalu "kalau tak kenal orang laaa....."
daya tumpuan yang sangat tinggi "tinggi la sangat.."
badan sehat tetapi mudah diserang selesema "memang pun..."
bersikap romantik tetapi x pandai mempamerkanya "romantik kt suami jerr.."
cukup sayang kepada kanak-kanak "anak aku n budak yang comel2 jerr.."
suka duduk di rumah "haa....apa lagi layan fb atau blog aku la.."
setia pada segalanya..."semestinya..."

Khamis, 19 April 2012


Ex ATAU Bekas Kekasih boleh tak jadi kawan baik ?




Tak tahu di mana silapnya. Sebab pada dasarnya, jika kesilapan kita benar telah dimaafkan, rasanya nak berkawan balik bukanlah satu perkara yang mustahil. Tiada sebab untuk terus berdendam. Mungkin sedikit berkecil hati, mungkin ,akan kata amarah terluah dari kekasih yang ditinggalkan, mungkin malu , mungkin mahu lupakan terus. Mungkin. Persoalan yang sering berlegar apa nak buat bila putus cinta .Ump, putus cinta , bukan putus kawan kan ?
"Maafkan saya, boleh?' . Mungkin salahnya dari kita. Kita saja rasa dia seolah membenci kita, dan merasakan kita tak wujud. Ye, itu bagi kita. Namun bagi dia, bila dia berdiam , buat tak tahu , bukan bermakna tidak ambil tahu, bukan bermakna dia tak sayang kita, apatah lagi lupakan kita. Mungkin dia mahu ambil masa menenangkan jiwa. Menerima hakikat kekhilafan kita yang lama, menerima hakikat dia dan kita tiada apa. Dan mungkin tidak mahu mengganggu kita ada yang punya. Atau hakikatnya dia sendiri sudah berpunya. Hidup masing-masing sendiri ada untuk dijaga.
"Saya dah maafkan awak. Dah lama saya maafkan ". Yelah, jika fikirkan rasa bahagia dan kebaikan dia yang terhulur untuk kita, pastinya ia lebih banyak dan indah berbanding sedikit rasa tak suka yang wujud dalam raga kita. Sedikit. Melainkan kalau alasan tak munasabah atau ditinggalkan tanpa alasan, itu sedikit sakit. Tapi mampu dirawat dengan masa, insyaALLAH. Perlahan-lahan.
Jadi apa kata, kita terima hakikat, dengan move on. Betul , bukan senang nak move on. Kita akan tercari-cari bagaimana cara nak move on. Cara nak lupakan bekas kekasih kita , bukan senang nak lupakan Ex kita bukan ? Tapi kalau dia boleh lupakan kita , kenapa tidak kita, walaupun cakap memang senang , tapi jika dulu kita boleh sendiri , kenapa sekarang susah sangat, perlahan-lahan, dengan izin Tuhan , kawan :)
Hiduplah dengan menghargai keadaan yang baru ,menghargai keadaan sekarang , masa single kita - sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti (kalau kita single) atau menghargai orang yang bersama kita - sebelum kita pula kehilangan apa yang kita ada (jika kita sedang menyulam cinta) . Biarlah kenangan menjadi kenangan sahaja. Doakan bekas kekasih kita. Semoga dia bahagia dunia akhirat dia. 


Jika berpeluang melupakan rasa yang tidak enak, dan menjadi kawan semula. Hargailah beliau sebagai kawan baik kita. Hormati kehidupan peribadinya dan jangan diungkit perkara yang lama.          

Belajarlah menerima hakikat. Belajar . Dengan senyuman.
Untuk bekas bekas kekasih di dunia, terima kasih kerana pernah memberi rasa cinta , rasa bahagia dan pernah menjaga . Harap semuanya saling memaafkan dan menerima . Bersyukurlah pernah menyulam rasa, dan ingatilah dia sebagai kawan paling indah yang pernah anda ada . :)
*Tak perlu bersusah-payah penyibuk jadi stalker, hadiahkan senyuman jika tahu dia bahagia, doakan dia jika kita terdengar hidup dia resah dan gulana .Semoga keduanya gembira menjalani hidup yang baru - apa adanya -  :)
- melainkan jika telah berbaik dan benar pasrah - telah sudah menerima keadaan baru- bertanya khabar tiada salahnya . Tapi jangan ada niat menjadi pemusnah jiwa lainnya, itu elakkanlah ya ?  . Apapun , hargailah apa yang di sisi kita, sementara ia masih ada :)
P/S :- SUAMI AKU YANG TERBAIK SEKARANG NIE BUAT AKU DAN ANAK.....HOPE SAMA JUGA DIMASA AKAN DATANG...!! LOVE U ABANG...

Tiada ulasan: