Biar apa orang kata yang penting aku adalah aku....
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik "kadang2...",
sensitif, berfikiran mendalam, "yelah tue..."
pandai mengambil hati orang lain "eh yer ke..??"
pendiam kecuali setelah dirangsang "ini memang aku..."
agak pemalu "kalau tak kenal orang laaa....."
daya tumpuan yang sangat tinggi "tinggi la sangat.."
badan sehat tetapi mudah diserang selesema "memang pun..."
bersikap romantik tetapi x pandai mempamerkanya "romantik kt suami jerr.."
cukup sayang kepada kanak-kanak "anak aku n budak yang comel2 jerr.."
suka duduk di rumah "haa....apa lagi layan fb atau blog aku la.."
setia pada segalanya..."semestinya..."

Jumaat, 20 April 2012


‎5 Ciri WANITA YANG TIDAK BOLEH 

DIJADIKAN ISTERI...!!


1. BENGIS. MUKA MACAM THE ROCK....!!
Cuba try buat muka lemah lembut sekali dua. Confirm ramai 
lelaki yang nak jadikan anda sebagai isteri. Ni tidak, muka masam je macam jeruk. Siapa yang nak? Konpem orang gila pun tak nak. Wanita kan merupakan simbol lemah lembut. Cuba senyum dan pasti anda di kejar lelaki lelaki jutawan di luar sana yang memandu kereta BMW.
Takkan lelaki nak jadikan wanita yang bermuka masam sebagai isteri? Nanti bukan setakat lelaki je tak mahu peluk, anak pun lari daripada kau. Haha. Bak kata Dr Fadzilah Kamsah, senyum ialah ubat awet muda. So, senyum. Cheeeeeseeee. :))


2. SEKSI. TUNJUK PAHA GEBU.... TAMBAH LAGI TAK RETI SOLAT...!!
Bab ini lagi penting. Ada ke lelaki yang nak isteri yang tak jaga maruah? Bukak sana bukak sini, punggung naik dada turun. Kalau anda tanya mat rempit macam mana ciri ciri wanita idaman yang nak dijadikan isteri, mesti terselit perkataan wanita solehah.  Itu baru mat rempit. Kalau lelaki yang ada ilmu, mesti dia ada alasan tersendiri. Kalau anda lelaki, suka ke kalau isteri anda tunjuk itu tunjuk ini kat lelaki lain? Mesti tak kan? Jadi ubah la pakaian anda....sebelum apa-apa terjadi..!! Jika ada niat pasti boleh berubah dan belajar untuk berubah....mesti tak susah....


3. KURANG AJAR DENGAN ORANG TUA. OK, YANG 
INI BOLEH BAGI  PELEMPANG.!!
Sangat tidak ayu kalau wanita kurang ajar dengan orang tua. Lebih lebih lagi dengan mertua. Takkan suami nak tengok isteri bergaduh sakan dengan mertua? Kalau isteri gaduh dengan ibu mertua, habislah dapur rumah. Tidak berasaplah nampak gayanya ( x masak la....). Haha....jadi janganlah berlagak diva sangat dengan mertuaanda. Nanti suami cari spare lain, baru nak nangis. Nangis air mata darah pun, tak guna dah. Kalau mak mertua cakap camni kat suami anda camna...?? "mak tak suka lah si midah tu, kuang aja sangat. mak ada calon  isteri baru untuk kau" Kalau anda dengar macam ni, balik nangis dalam tandas. Berendam dalam tab mandi selama mana yang boleh. Kalau suami dengar, dia mesti cakap macam ni "Apa mak? anak mak ini bermimpi ke?" Haa, mampus la jawabnya! haha....
Ada juga wanita yang menghasut suaminya menghalau ibubapa mertua...ada yang membiarkan mereka dan ada yang meninggalkan mereka dirumah orang-orang tua......"bagaimana jika suatu hari nanti menantu anda pulak melakukan perkara yang sama keatas anda...pikirlah" Sanggupkah anda membiarkan mereka merempat...??kerana mertua juga adalah ibubapa kita...
(p/s: minta tak terjadi dalam rumahtanggaku...Insyaallah)


4. DAH LAH TAK PANDAI MASAK, TAK MAHU BELAJAR MASAK PULAK TUH...
Fuh....!! Part paling sukar bagi wanita dan part idaman bagi setiap lelaki. Memasak. Ya, suami lebih suka cuba masakan si isteri daripada masakan si nenek di warung dan mamak berjanggut di maple. Lelaki boleh terima kalau si wanita tak pandai memasak tapi berazam nak belajar suatu hari nanti. Kira okay lah tu. Kalau isteri tak pandai masak tapi malas nak belajar, boleh berambus. Belajar pegang kuali dulu, baru belajar pegang pisau. Jangan guna pisau nak kerat leher si suami yang curang sudah la..... Haha........
Kalau anda perasan, banyak lelaki yang balik rumah awal dari kerja sebab nak merasa masakan si isteri. Mujarab tu. Boleh dijadikan penawar dalam perhubungan. Oleh itu, masak sedap sedap, bagi sang suami cuba. Pasti dia suka....

Masak mee maggi pun jadilah. Hak Hak .... (^_^).


5. PEMALAS. ANAK PUN JAGA MACAM JAGA KUCING.....
Yang ini memang lelaki paling tak suka. Pemalas. Kerja rumah pun seminggu sekali di buatnya. Tang pasal kerja rumah ini takkan anda nak harapkan 100% pada bibik. Itu pun kalau anda kayalah, boleh carik bibik. Rumah bersepah, berhabuk, nak hidup pun nak kena pakai oksigen tambahan. 
Apa salahnya sekali skala tangan wanita berurat? 
Seksi pe..... haha......(^_^)




(p/s: kadang2 kalau kena handle kursus kawen, aku pun camtu jugak...x sempat nak tengok rumah...balik umah letih, so sempat tengok suami ngan anak jerr....perut suami kena jaga maaa......(masak la..apa lagi..!!)...
tapi takde la cam dalam gambar diatas....Oh no..no...itu dah memang sah pemalas....


So camna dengan anda...??

Tiada ulasan: