Biar apa orang kata yang penting aku adalah aku....
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik "kadang2...",
sensitif, berfikiran mendalam, "yelah tue..."
pandai mengambil hati orang lain "eh yer ke..??"
pendiam kecuali setelah dirangsang "ini memang aku..."
agak pemalu "kalau tak kenal orang laaa....."
daya tumpuan yang sangat tinggi "tinggi la sangat.."
badan sehat tetapi mudah diserang selesema "memang pun..."
bersikap romantik tetapi x pandai mempamerkanya "romantik kt suami jerr.."
cukup sayang kepada kanak-kanak "anak aku n budak yang comel2 jerr.."
suka duduk di rumah "haa....apa lagi layan fb atau blog aku la.."
setia pada segalanya..."semestinya..."

Ahad, 22 April 2012



PELIK TAPI BENAR...!!

Pelik tapi benar, bagaimana wajah seorang manusia terpahat di pangkal pokok betik....itulah kejadian alam yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. 
Ianya dijumpai oleh seseorang di sebuah ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam, Johor. Keunikan rupa batang betik itu disedari salah seorang uru setia program "Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ)" pada 16 Mei 2012 akan datang. 
Ini adalah petikan dari kata-kata uru setia tersebut yang engan memberikan namanya kepada Kosmo semalam.

“Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini,”

Yang lebih menarik perhatian ialah, wajah manusia yang terpahat di batang pokok betik itu menunjukkan emosi marah...!!
P/S:- haahaaha...(^-^) macam rupa Maharaja Cina pun ada gak...kelakar..!!

Sumber:- Kosmo 23 April 2012

Jumaat, 20 April 2012


‎5 Ciri WANITA YANG TIDAK BOLEH 

DIJADIKAN ISTERI...!!


1. BENGIS. MUKA MACAM THE ROCK....!!
Cuba try buat muka lemah lembut sekali dua. Confirm ramai 
lelaki yang nak jadikan anda sebagai isteri. Ni tidak, muka masam je macam jeruk. Siapa yang nak? Konpem orang gila pun tak nak. Wanita kan merupakan simbol lemah lembut. Cuba senyum dan pasti anda di kejar lelaki lelaki jutawan di luar sana yang memandu kereta BMW.
Takkan lelaki nak jadikan wanita yang bermuka masam sebagai isteri? Nanti bukan setakat lelaki je tak mahu peluk, anak pun lari daripada kau. Haha. Bak kata Dr Fadzilah Kamsah, senyum ialah ubat awet muda. So, senyum. Cheeeeeseeee. :))


2. SEKSI. TUNJUK PAHA GEBU.... TAMBAH LAGI TAK RETI SOLAT...!!
Bab ini lagi penting. Ada ke lelaki yang nak isteri yang tak jaga maruah? Bukak sana bukak sini, punggung naik dada turun. Kalau anda tanya mat rempit macam mana ciri ciri wanita idaman yang nak dijadikan isteri, mesti terselit perkataan wanita solehah.  Itu baru mat rempit. Kalau lelaki yang ada ilmu, mesti dia ada alasan tersendiri. Kalau anda lelaki, suka ke kalau isteri anda tunjuk itu tunjuk ini kat lelaki lain? Mesti tak kan? Jadi ubah la pakaian anda....sebelum apa-apa terjadi..!! Jika ada niat pasti boleh berubah dan belajar untuk berubah....mesti tak susah....


3. KURANG AJAR DENGAN ORANG TUA. OK, YANG 
INI BOLEH BAGI  PELEMPANG.!!
Sangat tidak ayu kalau wanita kurang ajar dengan orang tua. Lebih lebih lagi dengan mertua. Takkan suami nak tengok isteri bergaduh sakan dengan mertua? Kalau isteri gaduh dengan ibu mertua, habislah dapur rumah. Tidak berasaplah nampak gayanya ( x masak la....). Haha....jadi janganlah berlagak diva sangat dengan mertuaanda. Nanti suami cari spare lain, baru nak nangis. Nangis air mata darah pun, tak guna dah. Kalau mak mertua cakap camni kat suami anda camna...?? "mak tak suka lah si midah tu, kuang aja sangat. mak ada calon  isteri baru untuk kau" Kalau anda dengar macam ni, balik nangis dalam tandas. Berendam dalam tab mandi selama mana yang boleh. Kalau suami dengar, dia mesti cakap macam ni "Apa mak? anak mak ini bermimpi ke?" Haa, mampus la jawabnya! haha....
Ada juga wanita yang menghasut suaminya menghalau ibubapa mertua...ada yang membiarkan mereka dan ada yang meninggalkan mereka dirumah orang-orang tua......"bagaimana jika suatu hari nanti menantu anda pulak melakukan perkara yang sama keatas anda...pikirlah" Sanggupkah anda membiarkan mereka merempat...??kerana mertua juga adalah ibubapa kita...
(p/s: minta tak terjadi dalam rumahtanggaku...Insyaallah)


4. DAH LAH TAK PANDAI MASAK, TAK MAHU BELAJAR MASAK PULAK TUH...
Fuh....!! Part paling sukar bagi wanita dan part idaman bagi setiap lelaki. Memasak. Ya, suami lebih suka cuba masakan si isteri daripada masakan si nenek di warung dan mamak berjanggut di maple. Lelaki boleh terima kalau si wanita tak pandai memasak tapi berazam nak belajar suatu hari nanti. Kira okay lah tu. Kalau isteri tak pandai masak tapi malas nak belajar, boleh berambus. Belajar pegang kuali dulu, baru belajar pegang pisau. Jangan guna pisau nak kerat leher si suami yang curang sudah la..... Haha........
Kalau anda perasan, banyak lelaki yang balik rumah awal dari kerja sebab nak merasa masakan si isteri. Mujarab tu. Boleh dijadikan penawar dalam perhubungan. Oleh itu, masak sedap sedap, bagi sang suami cuba. Pasti dia suka....

Masak mee maggi pun jadilah. Hak Hak .... (^_^).


5. PEMALAS. ANAK PUN JAGA MACAM JAGA KUCING.....
Yang ini memang lelaki paling tak suka. Pemalas. Kerja rumah pun seminggu sekali di buatnya. Tang pasal kerja rumah ini takkan anda nak harapkan 100% pada bibik. Itu pun kalau anda kayalah, boleh carik bibik. Rumah bersepah, berhabuk, nak hidup pun nak kena pakai oksigen tambahan. 
Apa salahnya sekali skala tangan wanita berurat? 
Seksi pe..... haha......(^_^)




(p/s: kadang2 kalau kena handle kursus kawen, aku pun camtu jugak...x sempat nak tengok rumah...balik umah letih, so sempat tengok suami ngan anak jerr....perut suami kena jaga maaa......(masak la..apa lagi..!!)...
tapi takde la cam dalam gambar diatas....Oh no..no...itu dah memang sah pemalas....


So camna dengan anda...??

Khamis, 19 April 2012




PETUA TIDUR NABI SAW


SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk 
tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi 
ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur 
adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. 
Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah 
yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu 
pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari 
cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun 
mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur 
basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah 
mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan 
dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, 
Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badanuntuk menghindarkan sihir 
dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-
olah dia bertahajjud sepanjang malam.Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada 
sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang 
sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah 
pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. 
Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah 
daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN




50 Fakta Menarik ,Kisah dan Perinsip Hidup TAN SRI 

SYED MOKHTAR ALBUKHARY 

ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan 



inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja 



kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK 


BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping 



dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; 


banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua 



juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang 


membezakannya. SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN 


MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN. Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN 


SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat 



saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah 


jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih 



maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan 


untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan 


kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu 



memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga 



biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan 



London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak 


pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan 


pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA 



DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana 



yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG 


LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang 


korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih 


kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita 



tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA 


KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU 


BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. 



Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama 


yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya 


dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke 



Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak 


tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan 


kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya 



bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak 


mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-



ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena 


kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada 


bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR 



MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU. Saya bukannya mencuri. 


Saya usaha sendiri. SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI. 


KITA KENA BERANI KERANA BENAR. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, 


bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan 



perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya 


untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak 



akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN 


KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu 



orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya 


semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu 



yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai 


kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. DI 


KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH 


KERANA WANG

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk 



orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju 


kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan 



baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA 


MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa 


kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak 



berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA 


SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir 


bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU 


SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan 



lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan 


beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan 


badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar 



balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan 


saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH 



BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya 



lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar 


negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin 


ada jiran-jiran yang perlukan bantuan 

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. SAYA MANUSIA YANG 



BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN 


LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak 



mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN 



PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI. HARI INI KITA TOLONG ORANG,


ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham 



selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT 



KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK. JANGAN JADIKAN AGAMA 


HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH


Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak 



semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada 


cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya 



pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya 


ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan 



sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam 


semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak 


boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA 



DAN AGAMA KITA. TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR


GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA


SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang 



ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab 


orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan 



psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan 


bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah 


tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS 



DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun 



kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang 



tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL 



JARIAH. SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .


Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja 



nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya 


bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi 



lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK 


BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli 



sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, 


biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU. SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI 



KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya 


kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. 


Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan 



ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.



P/S : SUMBER INSPIRASI SAYA.....APA YANG DIKATAKAN OLEH "TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY " ADA 


BENARNYA...


***SUMBER DARI ENCIK GOOGLE*****